Kekalahan kedua berturut-turut dalam masa dua minggu setelah Liga Super bersambung itu memberi sedikit tekanan kepada jurulatih Perak Mehmet Durakovic, apatah lagi tewas dengan jaringan yang besar kepada Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim,Johor.

Dalam masa seminggu ini sebelum perlawanan seterusnya berlangsung Mehmet perlu melakukan bedah siasat bagi mencari jawapan dan solusi, kenapa prestasi pasukan Perak setelah Liga Super bersambung masih lagi tidak dapat menggekalkan momentum permainan. Adakah mempunyai masalah dalaman atau masih lagi tidak begitu bersedia daripada segi kecergasan fizikal dan mental? Inilah yang bermain dipemikiran penyokong-penyokong Perak dan penulis sendiri.

Berdasarkan rekod tiga perlawanan pasukan Perak sebelum liga diberhentikan akibat pandemik COVID-19, Perak telah menunjukan satu prestasi yang baik setelah mencipta satu kemenangan dan dua seri. Dengan keputusan itu sudah pastilah penyokong-penyokong Perak mengharapkan skuad “The Bos Gaurus” dapat memberi saingan kepada JDT dan dapat meletakkan pasukan Perak pada kedudukan dua terbaik setidak-tidaknya. Tetapi kini menjadi sukar setelah skuad “The Bos Gourus” tidak memungut sebarang mata dari dua perlawanan. Ini sudah pasti akan menjejaskan sedikit moral dan semangat pemain-pemain Perak selepas tewas besar pada JDT.

Memandangkan hanya tinggal lima perlawanan sahaja lagi saingan Liga Super yang akan ditamatkan itu nampak ia agak mustahil kepada Perak. Tetapi apa yang lebih penting ketika

ini pada pandangan penulis semua pemain-pemain Perak perlu bingkas bangkit melupakan segala apa yang terjadi dalam masa dua minggu itu. Dimana ketika ini mereka perlu terus bersatu bangkit tingkatkan semangat dan hubungan diantara pemain dan pengurusan supaya lebih utuh ikatan ukuwahnya. Ini yang perlu dimainkan peranan oleh Mehmet dan pengurusan pasukan supaya pemain-pemain tidak rasa terpinggir. Begitu juga sebaliknya kepada pemain-pemain, dimana mereka perlu memberikan sokongan dan kerjasama kepada Mehmet dan pasukan kejurulatihan.

Inilah masanya sokongan moral daripada penyokong-penyokong Perak amat ditaggih. Walaupun tidak dibenarkan menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan dan menyanyikan lagu-lagu semangat sebaliknya penyokong boleh mengambil inisiatif menyampaikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain Perak mengunakan media sosial di page Perak TBG dan selain itu boleh juga mengunakan kain rentang disekitar padang latihan pasukan Perak. Gunakanlah dunia tanpa sempadan ini untuk terus bersama-sama berada dibelakang pemain-pemain Perak yang berjuang untuk menjulang nama Perak.