Felda United dengar nama pun dah teruja. Sukses dalam aksi Liga. Turun naik sudah biasa dengan Felda. Namun, baru baru ini Felda buat komuniti bola sepak negara jadi kelam kabut. Betul ke bohong? Cobaan? Ini bukan cobaan ini betul betul.

Pengurusan baru Felda mahu tarik diri daripada beraksi dalam pentas bola sepak negara. Yang penulis tak paham, dokumen penswastaan dah dibuat lebih awal dan Felda United menerusi Setiausaha Agungnya, Afizal Abu Othman, punya la penat uruskan semua. Sekali masuk pengurusan baru boleh pulak hubungi FAM kata tarik diri. Semua dek kerana segelintir pihak yang rakus dan tamak jawatan. Sampai babitkan kes polis la. Bola ja kot.

Namun, khabar terbaru penulis difahamkan sudah ada pihak yang berminat untuk ambil alih. Beberapa mesyuarat penting sudah diadakan beberapa kali bagi memuktamadkan perjanjian pengambilalihan Felda United. Melalui sumber penulis perolehi pasukan baru yang akan dijenamakan ini akan berpengkalan di sekitar Cyberjaya atau Putrajaya.

Dah buat pasukan nak main kat mana pulak? Jangan terkejut kalau pasukan baru ni main dekat Stadium Merdeka. Stadium 100juta di Jengka nak buat apa? Tanya la pengurusan baru. Mungkin buat 'funfair' ataupun 'Stadium Muzium'.
Pasukan Belia dan Presiden macam mana pulak? Eh biar la pengurusan baru yang cukup arif dalam bidang bolasepak fikir macam mana nak buat.

Difahamkan FAM telah memberi tempoh sehingga 19 Oktopber bagi pihak pengurusan The Fighters utk mengemukakan dokumen kewangan pelabur baru bagi mengukuhkan lagi sumber kewangan jangka masa panjang The Fighters bagi menyertai liga malaysia.

Jadi, kalau semua dah berjaya, tahniah diucapkan buat mereka yang yang bertungkus lumus menjayakan misi penting ini.

Kepada pengurusan baru Felda United nanti kalau nak bagi sewa stadium buat pasukan dalam Liga Malaysia boleh la hubungi FAM dan MFL.

Akhir kata Salam Buat Sahabat-Sahabat, anak anak peneroka di Felda Gunung Bongsu, Felda Teloi, Felda Lasah serta seluruh Felda di tanahair.