Kekemasan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 kekal diterjemahkan dalam aksi kedua nanti.

Cuma yang berubah hanyalah wajah pemain negara yang bakal diberi tanggungjawab menggalas cabaran kedua negara selepas ini.

Hakikatnya jodoh Syafiq Ahmad bersama skuad negara kali ini hanya bertahan 10 minit sebelum dia berhadapan kecederaan yang memaksanya keluar padang.

"Kita sudah buat MRI, Syafiq kena rehat antara dua hingga tiga minggu, tiada peluang untuk dia beraksi di perlawanan kedua pada Selasa", tegas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Persoalan siapa yang akan memulakan kesebelasan utama selaku penyerang kedua pada Selasa mula dibincangkan.

Melihat kepada situasi ini, nampaknya Shahrel Fikri Md Fauzi antara nama yang mendapat pertimbangan utama barisan kejurulatihan negara kendalian Tan Cheng Hoe, namun mungkin juga ada beberapa nama yang bakal jadi pilihan menjelang perhitungan kedua dengan skuad Norio Tsuketate ini.

Hakikatnya, perlu ada tindakan segera daripada Shahrel bagi mengelak beberapa kesilapan lecil yang berlaku tidak berulang atau sekurang-kurangnya dikecilkan kesilapan yang sama.

Kemenangan 7-1 pada Jumaat jadi sejarah apabila itu merupakan kemenangan terbesar skuad negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia sejak 26 tahun lalu.