Kegembiraan dan perasaan bangga sudah pasti dirasai oleh Datuk.

Jurulatih bola sepak kebangsaan.

Bukan calang-calang individu yang dapat mengetuai pasukan yang paling dikenali di Malaysia ini.

Ini merupakan kejayaan peribadi anda.

Namun saya rasa bagi anda, ini juga merupakan kejayaaan keluarga, rakan karib, rakan sepasukan, para pemain, mentor, persatuan, dan juga Negeri Bandaraya Bersejarah, Melaka.

Sebagai orang kampung, saya bangga dengan penghormatan yang diberikan kepada anda daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negara tercinta, Malaysia.

Saya bangga bagaimana kita sebagai ahli sukan menjadi ikon dan inspirasi kepada anak-anak Malaysia.

Di padang bola, kamu bos. Tapi di gelanggang skuasy, saya ‘Tai Ka Jie’ (Kakak yang berkuasa)

Kim Swee, saya menyokong anda sebagai jurulatih bola sepak kebangsaan. Pilihan yang paling tepat oleh FAM.

Saya percaya seluruh komuniti bola sepak mahupun peminat sukan Malaysia bersetuju.

Pengalaman anda sebagai pemain bola sepak elit dan profesional, jurulatih berpengalaman dan mengetahui selok-belok bola sepak Malaysia tidak boleh disangkalkan.

Lagi-lagi anda pun tahu tabiat para pemain Malaysia dan budaya sukan kita.

Sememang pun misi negara adalah untuk memberi peluang kepada golongan profesional Malaysia dari segenap industri berkhidmat untuk negara.

Dalam konteks ini, kepada bekas atlit dan atlit negara.

“Walk the Talk” Malaysia.

Datuk Ong Kim Swee, gua memang bangga kat lu. Mak bapak gua dan satu Melaka cakap pasal perlantikan lu. Kuatkan hati dan tunjuk kat diorang apa lu bole kasi kat bola sepak Malaysia. Gua pun harap lu boleh bawak pasukan bola sepak kita sampe tahap yang lebih baik.
(Percakapan Baba Nyonya Melaka)

Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Datuk Ong Kim Swee dan pasukan bola sepak Malaysia!!!