Pemain sepak takraw wanita negara, Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, mengakui sukar untuk terus bermotivasi ketika latihan selepas lebih kurang setahun tanpa kejohanan.

Buat masa ini, tumpuan utama skuad wanita negara adalah Sukan SEA Vietnam, November depan.

"Semuanya berjalan lancar.

"Tekanan sudah mula terasa memandangkan tinggal enam bulan lagi temasya bermula.

"Tahap latihan kami juga semakin ditingkatkan," katanya.

Bagaimanapun, pelibas itu mengharapkan satu lagi kejohanan sebelum Sukan SEA bagi menilai prestasi semasa.




"Kemungkinan kami akan sertai Piala Raja Thai, itu sahaja kejohanan yang ada.

"Walaupun ada kalanya kurang bermotivasi kerana situasi ini, tapi ia tidaklah membuatkan kami berasa kecewa kerana fokus utama kami ialah Sukan SEA," katanya lagi.