Dua hari selepas Sukan SEA Hanoi di Vietnam, November depan, mengumumkan e-sukan yang bakal dipertandingkan, Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) bercadang membuat proses pemilihan seawal Mei ini.

Badan induk itu juga tidak menolak untuk memanggil kembali atlet e-sukan yang beraksi dalam Sukan SEA Filipina 2019 dan pemain e-sukan profesional seperti Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz.

Ia akan bermula dari peringkat negeri sebelum diteruskan ke tahap kebangsaan.

"Ia memberi ruang buat kami untuk perancangan persiapan.

"Ia terbuka kepada semua dan ada beberapa pemain yang kami masih ikuti perkembangannya.

"Soloz dan pemain profesional yang lain cuma perlu sedikit masa untuk kembali kepada rentak kompetitif," kata Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA MESF, Kevin Pang.

Peminat Mobile Legends! ? Ade berita gempak gile nk bagitau korang, kitaorg akan ke SEA games 2021 yg akan diadakan di...

Posted by Mobile Legends: Bang Bang on Wednesday, March 24, 2021