Philippe Coutinho yang menjadi buruan pasukan Barcelona kini dikatakan sedang dalam proses menandatangani kontrak baru bersama gergasi Sepanyol itu.

Barcelona dijangka mengumumkan perjanjian perpindahan Philippe Coutinho selepas bersetuju dengan kontrak £138 juta daripada Liverpool.

Liverpool sebelum ini telah menolak tiga tawaran untuk mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu, namun tawaran kali keempat ini memberikan lembaran baru buat Coutinho yang sudah bersama Liverpool sejak tahun 2013.

Sekiranya Coutinho berjaya melengkapkan perpindahannya ke Sepanyol, bayaran £138j itu akan menjadi bayaran yang tertinggi diterima oleh Liverpool untuk pemain yang keluar, mengatasi bayaran yang diterima ketika melepaskan Luis Suarez yang bernilai £75j pada 2014.

Perjanjian itu memberikan keuntungan besar buat Liverpool kerana mereka hanya mengeluarkan £8.5 juta untuk mendapatkannya dari Inter Milan.

Selepas empat musim di Anfield Countinho telah membuat sebanyak 182 penampilan dengan menjaringkan 42 gol buat pasukan kendalian Jurgen Klopp itu.