Kejayaan Rahem Sterling menjaringkan penalti pada babak kedua ketika berhadapan Wolves telah menyelamatkan dudukkan Mancester City dari di pintas seteru utama mereka ketika ini iaitu Liverpool.

Walaupun mempunyai kelebihan pemain setelah pemain penyerang Wolves, Raul Jiminez dilayangkan kad merah stelah menerima kad kuning kedua di hujung babak pertama. Namun pemain The Citizens agak sukar untuk menembusi pintu gol Wolves kerana penjaga gol Wolves, Jose Sa menunjukkan aksi yang mantap.

Namun apa yang menarik tentang pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini bagaimana pemain-pemain mereka menunjukkan sikap yang positif terutama dalam kerjasama berpasukan dan semangat inginkan kemenangan dan mempertahankan pintu gol mereka. Ini dibuktikan oleh kedua-dua pasukan namun Man City lebih menarik perhatian untuk di buat analisa kerana situasi yang dialami Man City itu agak sukar berbanding Wolves. Apabila berhadapan dengan pasukan yang kekurangan pemain sudah pastilah mereka akan bermain secara bertahan dan disinilah kreativiti dan semangat berpasukan Man City di uji.

Ini dapat di lihat bagaimana pemain The Citizens itu bertungkus lumus melakukan serangan dengan gerakan yang pantas melalui keseluruhan bahagian yang memainkan peranan dan kita boleh lihat bagaimana pemain-pemain midfield terutamanya banyak melakukan larian pantas dari belakang serta melakukan transisi pantas melalui hantaran di belakang pertahanan dan lintang untuk memerangkap pertahanan Wolves. Mereka juga banyak melakukan permainan melalui kombinasi hantaran satu dua serta silang dengan pergerakkan pantas (high intensity) selain mengunakan skill individu.

Melalui gerakan itu kita boleh menilai sendiri bagaimana kesungguhan dan keinginan yang tinggi dimiliki anak didik Pep Guardiola untuk mencari jaringan kemenangan. Akhirnya apa yang diinginkan mereka terhasil apabila Man City dihadiahkan sepakkan penalti. Sikap begitulah yang boleh kita pelajari sebagai pemain tempatan, bagaimana mereka pamerkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi selain cara mereka berfikir menyelesaikan masalah (solution) dalam memburu jaringan. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh pemain-pemain bertaraf dunia dan itu yang dibuktikan oleh anak didik Pep sehingga mereka berjaya memperolehi jaringan kemenangan melalui sepakkan penalti Sterling.