Lihat sahaja 'driving range' yang kini sentiasa penuh di mana sahaja serta padang Golf yang kini mempunyai lebih ramai 'golfer' berbanding satu ketika dahulu mengatakan stereotaip bahawa Golf adalah permainan membosankan melibatkan golongan senior sahaja. Itu bukan lagi skripnya pada ketika ini.
Ramai juga pemain bolasepak tempatan yang bergiat aktif dalam sukan Golf seperti Nazzab Hidzan,Azmi Mahmud,Hai-O, Safiq Rahim,Hamsani Ahmad dan ramai lagi.
Penyanyi juga seperti Man Bai, Fiq Mentor serta pengacara seperti Hafizal Hamad, Burn, Dahlan Maamor,Pekan Ramli serta Abu Bakar Atan antara nama nama yang bermain golf.
Ini adalah satu petanda bahawa Golf tidak membosankan dan nikmatnya dapat dirasai apabila anda memahami serta mempelajari sukan ini yang tidak mengambil masa yang lama walaupun tidak dinafikan ia antara sukan yang paling sukar untuk menjadi yang terbaik.
Beralih ke topik yang lebih menarik dalam dunia Golf ketika ini walaupun kehilangan Tigerwoods untuk jangka masa panjang tetapi Golf tetap meriah dengan kehadiran Spieth dan Mcilroy bersaing hebat di peringkat tertinggi. Malaysia juga mula melahirkan ramai Professional dalam sukan Golf seperti Nicholas Fung, Gavin Green, Iylia Jamil, Ben Leong, Khor Kheng Wai dan ramai lagi. Itu satu petanda positif buat negara dalam meletakkan nama Malaysia di peta dunia.
Harapan kita agar salah seorang dapat bersaing di peringkat tertinggi seperti European Tour ataupun PGA Tour sepertimana kita lihat Anirban Lahiri cipta sejarah buat India dan kini bakal bersaing di PGA Tour musim 2016 setelah menjuarai beberapa kejohanan bertaraf dunia musim 2015.
Lebih menarik juga sukan Golf ini antara sukan paling lumayan berbanding mana mana sukan lain. Kembali ke persaingan Spieth dan Mcilroy yang dijangka akan memuncak pada tahun 2016 kerana Spieth sudahpun menjuarai 2 kejohanan utama tahun ini manakala Mcilroy sekadar menjuarai 2 kejohanan biasa tetapi mempunyai 4 kejohanan utama dalam karier beliau setakat ini.
Rory Mcilroy dikatakan mampu menjadi pengganti Tiger satu hari nanti berdasarkan permainannya manakala Spieth muncul entah dari mana untuk menjadi pemain nonbor satu dunia ketika dengan corak permainan konsisten walaupun tidak semestinya bergaya. Ramai pengkritik dan pakar menyatakan 2016 bakal menjadi tahun buat Rory Mcilroy yang pasti ingin bangkit dari kekecewaan 2015 tidak memenangi sebarang kejohanan utama serta kecederaan yang membelenggu beliau ketika dua kejohanan utama terakhir iaitu The Open Championship serta PGA Championship.
Manakala Jordan Spieth pula menang segala galanya The Masters dan US Open serta Fedex Cup sekaligus membolot 10 juta US Dollar.
Pengkritik menyatakan sukar buat Spieth mengatasi apa yang beliau lakukan tahun ini tetapi beliau sering membuktikan pengkritiknya salah sama sekali dengan persembahan konsisten hampir setiap kali turun beraksi untuk kejohanan penting. Seorang lagi nama yang harus diberi perhatian adalah Jason Day yang hilang selama 2 bulan terakhir musim ini demi meluangkan masa bersama keluarga namun beliau tetap dilihat sebagai nama ketiga yang bakal bersaing hebat bersama Spieth dan Mcilroy pada tahun 2016 berdasarkan kejayaan beliau menjuarai kejohanan utama PGA Championship serta empat lagi kejohanan lain dalam kalendar 2015.
Cuma ada seorang sahaja pemain yang menyamai rekod Jason menang 5 kejohanan iaitu Jordan Spieth. Itu sudah cukup memberikan anda gambaran bahawa mereka adalah antara 2-3 pemain yang bakal menggegar musim 2016 dalam sukan Golf sekaligus menjadikannya lebih menarik berbanding dahulu di mana Tigerwoods monopoli segala galanya seorang diri. Ikuti segala galanya di Golf Channel saluran 835 Astro.
Burn Thevandran
Mon Dec 21 2015


Rumour Has It: Claims Messi to buy into Inter Miami in 2023
Lionel Messi will reportedly buy shares in MLS franchise Inter Miami once his contract with Paris Saint-Germain expires in 2023.

Forest 'appalled' after fan assaults Billy Sharp following Championship play-off semi
Sheffield United captain Billy Sharp was attacked after his side lost to Nottingham Forest at The City Ground.

'I like physicality' - Butler guarantees Heat intensity after Game 1 win
Jimmy Butler scored 41 points and sparked a third-quarter turnaround in the Miami Heat's 118-107 win over the Boston Celtics on Tuesday.

'It's on me': Tatum accepts blame for Celtics' third-quarter collapse in Heat loss
The Boston Celtics led by eight points at half-time before the Miami Heat's remarkable 39-14 turnaround.

Benedetto salvages point for Boca against Corinthians, Flamengo secure top spot
Boca Juniors could only manage a point against 10-man Corinthians, while Flamengo and Estudiantes won in the Copa Libertadores on Tuesday.

Butler scores 41 points as Heat blaze Celtics after lopsided third-quarter blitz
The Miami Heat had a dominant 39-14 third quarter to take a 1-0 lead in the Eastern Conference Finals against the Boston Celtics.

Giro d'Italia: Girmay could be forced to abandon after stage 10 win marred by freak eye injury
Eritrean Biniam Girmay wrote his name into the record books at the Giro d'Italia, but it remains to be seen whether he can race on.

Orlando Magic secure top pick in NBA Draft lottery
The Orlando Magic last had the first pick in the 2004 NBA Draft, when they selected Dwight Howard.

US PGA Championship: Rahm believes Alcaraz has 'big shoes to fill', cannot be unhappy with Mickelson
Jon Rahm is heading into this week's US PGA Championship at Southern Hills, having won the Mexico Open in his last outing.

US PGA Championship: 'It's a little bit different' – Scheffler adjusts to life after Masters win
Scottie Scheffler has claimed four tour wins in his last eight starts, coming into this weekend's US PGA Championship at Southern Hills.