Apa yang diperlukan sesebuah pasukan untuk bangkit dari ketinggalan mahu pun memecah kebuntuan gol adalah seorang pemain yang mampu mengubah corak permainan kepada situasi yang memihak mereka.

Dalam kes membabitkan Tottenham Hotspur pada aksi pertama menentang Borussia Dortmund di pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara Eropah, 'game changer' terbaik mereka, Son Heung-Min, sekali lagi berjaya melunas tugasan itu dengan berkesan.

Ia adalah perancangan rapi yang disusun dengan baik oleh pengendalinya, Mauricio Pochettino selepas berjaya membuang masa pasukan gergasi Jerman itu untuk sama-sama kebuntuan gol di separuh masa pertama - tugasan lebih awal yang perlu dijayakan barisan pertahanan dibarisi Jan Vertonghen yang turut mencatat nama selaku penjaring.

Namun ada pemerhati bola sepak mengatakan, Pochettino bernasib baik apabila tindakan 'inpromptu' ketika masa rehat mampu menampung kepincangan pasukan yang dikenal pasti - risiko yang menjadi apabila Dortmund seperti terpinga-pinga dengan tenaga dan gerakan para pemain Spurs.

Cabaran terbesar Spurs sebelum berkunjung ke Signal Iduna Park nanti adalah memastikan aksi kemas yang dimulakan oleh Heung-Min ini mampu bertahan ke penghujungnya dan tugasan ketiga ini juga terlunas apabila pasukan Inggeris ini kekal memimpin permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kelebihan 3 gol ini pastinya melegakan penyokong Spurs - namun ia besar ertinya buat Heung-Min yang berjaya menukar persepsi dunia tentang status 'underdog' Spurs dibandingkan dengan Dortmund, tanpa Harry Kane dan Dele Alli dalam kesebelasan utama.