Laluan sukar menanti skuad snuker dan billiard negara susulan majlis undian acara berkenaan, hari ini.

Dua emas seperti yang dimenangi pada edisi 2015 di Singapura menerusi perseorangan dan beregu dalam kategori snuker kekal menjadi sasaran negara.

Sandaran utama negara, Thor Chuan Leong, bakal menguji kemampuan apabila diundi menentang pemain Thailand, Phaitoon Phonbun, dalam pusingan pertama.

Seorang lagi wakil negara, Moh Keen Hoo, juga perlu menewaskan pemenang perak dua tahun lalu, Ko Thet dari Myanmar, andai ingin mara lebih jauh.

Sementara itu, penganjurn edisi ke-30 Sukan SEA pada 2019 bakal ditentukan dalam tempoh dua hari lagi.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, mengesahkan isu itu akan dibawa ke dalam mesyuarat eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) esok dan keputusan akan ditentukan pada hari berikutnya.

"Kami akan membincangkannya dalam mesyuarat exco esok dan jika perlu, ia akan dibawa ke mesyuarat majlis pada lusa sebelum mereka memutuskan negara penganjur sekiranya Filipina tidak mahu meneruskan penganjurannya," ujar Tunku Imran.