Ketika pasukan-pasukan yang berada di tangga pertengahan dan bawahan Liga Super musim ini sibuk mencari pemain-pemain import untuk merubah nasib pasukan mereka semasa jendela perpindahan kedua di buka.

Ini merupakan peluang terbaik pada setiap pasukan itu untuk mendapatkan pemain-pemain import terbaik dan bersesuaian dengan falsafah bola sepak yang diwujudkan setiap kelab itu. Namun ia sungguh berbeza dengan Johor Darul Ta’zim, di mana dalam keadaan yang tenang Johor DT telah memdapatkan khidmat pemain tempatan Perak iaitu Shahrul Saad dan Guilherme De Paula.

Dengan pembelian dua pemain Perak itu telah mengejutkan ramai pihak terutama kepada peminat-peminat The Boss Gaurus dan peminat-peminat bola sepak tanah air kerana mereka tidak menjangkakan yang Johor DT menambat kedua-dua pemain itu, memandangkan Johor DT sudah mempunyai pemain yang serba lengkap. Ini satu strategi yang baik dan bijak dilakukan oleh pengurusan Johor DT stelah membawa Shahrul Saad ke Johor DT terutamanya. Sebagai pemain pertahan tengah berpengalaman dan berpengaruh di atas padang selain faktor usia yang masih muda sudah tentu ia akan membawa kebaikan pada Johor DT pada masa depan.

Shahrul sebenarnya merupakan aset Johor DT di masa hadapan kerana kalau kita perhatikan hanya Shahrul dan Adam Nor Azlin sahaja yang berusia dipertengahan 20an dan juga merupakan pertahanan tengah tulen, sementara Aidil Zafuan dan Fadhli Shas pula sudah hampir ke penghujung kerjaya mereka. Sudah tentu dengan kehadiran Shahrul akan terus memberi kekuatan di bahagian tengah pertahanan Johor DT kerana dengan karektor yang keras dan kualiti “Badak” dalam membaca permainan itu akan membimbing pemain-pemain muda yang lain.

Ini merupakan pelaburan yang bijak dan berbaloi dilakukan Johor DT demi menggekalkan visi dan misi Johor DT untuk terus memburu kejayaan di peringkat tempatan dan asia terutama dalam mengekalkalkan kejuaraan Liga Super setiap tahun dan memburu slot di Piala Juara-juara Asia. Sekiranya kekuatan pasukan Johor DT seimbang dan dapat mengekalkan prestasinya setiap tahun dengan kehadiran pemain-pemain berkualiti itu ia dapat mengekalkan nilai komersial. Di kesempatan ini juga penulis ingin ucapkan selamat maju jaya kepada Shahrul Saad dan De Paula bersama Johor DT dan terus tingkatkan prestasi serta kualiti diri.