Bulan ini adalah bulan yang paling sibuk untuk semua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris mempersiapkan pasukan mereka sebelum musim baru bermula pada bulan Ogos nanti. Ia termasuk juga juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City, yang baru sahaja mendapatkan khidmat penjaring terbanyak musim lalu Harry Kane. Walaupun dikhabarkan menerima gaji mingguan termahal (RM2.32 juta seminggu) namun ia masih menjadi tanda tanya, apakah Kane mampu menyerlah bersama Man City?

Berdasarkan prestasi yang konsisten bersama Tottenham Hotspurs, Kane sebagai pengempur pasti tidak menjadi masalah kepada dirinya untuk menyerlah kerana Kane telah membina persefahaman yang baik bersama rakan sepasukannya itu agak lama dan ini merupakan cabaran utama Kane apabila menyertai Man City. Melihat dari falsafah permainan dan DNA Man City mungkin tidak menjadi masalah kepada Kane untuk cepat menyesuaikan diri dengan The Citizens kerana falsafah bola sepak yang di bawa Pep Guardiola sama ketika Mauricio Pochettino ketika membimbing Spurs.

Selain itu Kane juga akan di bantu rakan sepasukan negaranya (England) yang telah menunjukan persefahaman yang baik di Euro 2020 lalu iaitu Raheem Sterling. Ini sudah pasti akan memberi keyakinan kepada Kane untuk terus memberi aksi yang berkualiti tinggi selain menjadi penyudah utama Man City. Kane juga mempunyai rakan bahagian midfield yang boleh membantunya untuk menjadi pengempur yang digeruni di Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara Eropah apabila didampingi pemain-pemain midfield bertaraf dunia seperti Kevin de Bruyne dan Ferran Torres yang mempunyai kreativiti yang tinggi.

Dengan gandingan itu ia akan memberi kelebihan Man City untuk terus menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimiliki musim lalu dan yang paling utama diimpikan Pep Guardiola untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim baru setelah Man City gagal menjuarainya apabila tewas di tangan Chelsea pada perlawanan akhir musim lalu. Inilah masanya Kane untuk memburu pelbagai terofi kejuaraan untuk disimpan sebagai kenangan terutama Liga Perdana Inggeris yang masih belum dimiliki Kane.