Malam Sabtu saya dihimpit dengan sedikit rasa terkilan susulan terlepas peluang menyaksikan aksi sulung Selangor dalam saingan Liga Super 2017 di Selayang.

Wayne Rooney juga pasti ada kekecewaan tersendiri memandangkan peranan dia kini terhad, untuk cipta impak daripada bangku simpanan meskipun dia adalah kapten Manchester United.

Senario yang berterusan apabila pengurus United Jose Mourinho menaruh kepercayaan kepada pemain lain seperti Maroune Fellaini untuk berentap menentang Stoke City.

Walaubagaimanapun mood saya berubah susulan aksi menakjubkan skuad hoki wanita negara kita The Malaysian Tigress sahkan kelayakan Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia susulan kemenangan dramatik ke atas Itali.

Pada waktu itu juga Selangor yang sempat saya jenguk menerusi siaran langsung dan perkembangan di laman sosial memulakan kempen dengan langkah kanan menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang.

Begitu dihimpit masalah dalam persiapan pra musim tetapi masih berupya cipta kemenangan,masih ada lagi semangat perjuangan The Red Giants,cerita ini kita simpan untuk waktu lain.

Beralih kepada pertembungan Stoke dan United,permulaan positif disentap apabila Juan Mata merekodkan jaringan sendiri pada separuh masa pertama.

Tertekan memburu jaringan,Mourinho akhirnya memandang kepada Rooney untuk melakukan perubahan dengan masa juga semakin suntuk.

Minit ke-94,ketinggalan 1-0 ini apa yang digelar penyokong United “Fergie Time” The Red Devils peroleh sepakan percuma bersandarkan sudut menarik.

Rooney menyusun langkah,mungkin mencari rakan sepasukan untuk menyambar hantaran atau adakah dia mempunyai idea lain.

Mengimbau kembali sejarah agung United dalam situasi untuk bangkit semula,Rooney meledak hayunan yang terus menerjah gawang stoke.

Keghairahan yang dirasai di kubu stoke menyerap ke setiap emosi saya yang sudah disuap dengan kejayaan The Malaysian Tigress dan Selangor.

Jaringan itu juga menyaksikan Rooney memintas rekod jaringan sepanjang zaman Manchester United,milik Sir Bobby Charlton yang turut menyaksikan pertemuan itu.

250 jaringan mengatasi 249 gol,rekod yang berusia 44 tahun hayatnya.

Cerita soal sempurna,seteru United dan Rooney ,Liverpool sebelum itu tewas 2-3 kepada Swansea City di Anfield.

Terima kasih Malaysian Tigress
Terima Kasih Selangor
Terima Kasih United
Terima Kasih Liverpool

Sempurnanya malam Rooney, sempurna juga malamku.