Kegagalan mencipta kemenangan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semenjak 2014 sudah pasti akan menyemarakan lagi semangat pemain-pemain Selangor untuk mencari kemenangan dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia apabila berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) juara bertahan Liga Super enam kali berturut-turut.

Kejayaan menewaskan juara bertahan Piala Malaysia 2018, Perak, di peringkat suku akhir pasti akan meningkatkan keyakinan pemain-pemain Selangor apabila berhadapan dengan Johor DT.

Namun, ia bukan satu tugas yang mudah kepada Selangor apabila berhadapan dengan Johor DT yang mempunyai penyudah yang tajam sebagaimana yang telah Johor DT buktikan sepanjang kempen Piala Malaysia ini dengan 24 jaringan berjaya dilakukan berbanding bolos hanya sembilan. Ini menggambarkan bahaya Johor DT bukan tentangan mudah buat Selangor.

Tetapi dengan pengalaman jurulatih Selangor B. Sathianathan, sudah tentu dia mampu mempelbagaikan strategi dan corak serangan untuk diterapkan, sudah pastilah Endrick Dos Santos,Syazwan Zainon dan Abd Halim Saari akan memainkan peranan sebagai perancang utama untuk merobek pertahanan Johor DT yg diketuai Mauricio dos Santos Nascimento.

Yang lebih penting, pemain-pemain tengah Selangor perlu bijak dalam mengawal permainan di mana Selangor tidak boleh mengikut rentak permainan pantas Johor DT, sebaliknya memperlahankan tempo permainan mengikut setuasi perlawanan tetapi tidak boleh bertahan secara berpanjangan.

Sekiranya Selangor bermain bertahan, sudah pasti ia akan memberi ruang kepada pemain-pemain tengah Johor DT untuk memgawal permainan seperti Harris Harun dan Afiq Fazail.

Bagi Ifedayo Omosuyi dan Khyril Muhymeen Zambri sebagai penyerang utama Selangor perlu berani mengambil resiko untuk membuat gerakan yang boleh membawa elemen kejutan kepada benteng pertahanan Johor DT.

Sekiranya pemain Selangor bijak mengunakan kebijaksanaan mereka, sudah pastikan mereka mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai peluang ke dua di Stadium Shah Alam nanti dan sudah pasti ia ingin mencabar Johor DT.