Setiap negara mempunyai kejohanan sukan yang menjadi ikon dan sebutan orang ramai.

Untuk sukan skuasy di Malaysia, Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia menjadi
penanda aras kejayaan dan prestasi para pemain negara.

Selain itu kejohanan ini membawa makna penting dan bukan sekadar sebuah kejohanan sukan sahaja.

Pertama kali dianjurkan pada 1975, kategori wanita dijuarai oleh Helen Chinchen dari Singapura selepas menewaskan wakil tuan rumah
Glynne Wong.

Kategori lelaki pula hanya dipertandingkan pada 1984.

Semenjak itu, Malaysia menjadi destinasi pilihan para pemain profesional skuasy dunia.

Penganjuran efisien oleh Persatuan Skuasy Malaysia dengan kerjasama organisasi tertentu dan penaja membolehkan para pemain
bertanding tanpa sebarang kerisauan.

Kejohanan ini cukup penting bagi membuktikan pemain tempatan boleh menjuarai kejohanan berprestij dan ia memberi harapan kepada para pemain
muda termasuk saya dahulu untuk memasang impian melayakkan diri beraksi bersama pemain elit antarabangsa.

Para pemain negara yang disegani dunia pernah menjuarai Terbuka Malaysia seperti Ong Beng Hee, Mohd Azlan Iskandar and juara 8 kali Dato'Nicol
David.

Peminat skuasy risau setelah kejohanan ini tidak dapat dianjurkan kerana kekangan dana bermula tahun 2015.

Namun komuniti skuasy negara mahupun para pemain menarik nafas lega setelah ia kembali pada tahun ini walaupun tawaran hadiah kemenangan
lebih rendah dari tahun-tahun sebelum ini.

Ada hikmahnya kerana ia membolehkan para pemain muda seperti Mohd Syafiq Kamal,
Ng Eain Yow, Rachel Arnold dan S.Sivasangari negara layak beraksi dengan harapan menaikkan ranking dunia mereka.

Kebanyakan pemain antarabangsa kembali ke kota kegemaran mereka, Kuala Lumpur bukan sahaja untuk mempersembahkan aksi terbaik tetapi
untuk terus menikmati makanan enak, membeli-belah dan menerima hospitiliti terbaik rakyat Malaysia.

Komuniti skuasy Malaysia turut tersenyum kerana dapat menyaksikan permainan berkelas dunia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil bermula 17
hingga 21 Oktober mahupun siaran langsung aksi separuh akhir dan akhir di Astro Arena 802HD/801.

Selamat kembali Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia!