Turun pangkat dan tiada gaji bukan halangan Hafizh Syahrin Abdullah terus menyayangi sukan permotoran.

Dikeluarkan dari pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan MotoGP, Hafizh tidak berasa malu untuk kembali ke Moto2 dan akan bersama pasukan Angel Nieto musim depan.

Perlu akur tanpa gaji sepanjang musim depan, Hafizh perlu cari penaja untuk biayai kos lain untuk meneruskan kariernya.

Hafizh yang pernah berada di kedudukan terbaik di tempat ke 9 pada 2016 dalam aksi Moto2 dan catat sejarah sebagai pelumba MotoGP pertama dari Asia Tenggara rangkul kedudukan ke 16 tahun lepas bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Pelumba 25 tahun ini akur kadang-kala cabaran sebegini perlu dilalui untuk menguji ketahanan mental, emosi dan keinginan untuk
terus berjaya.

Tidak pernah terlintas dalam fikirannya dia akan melalui situasi sebegini namun Hafizh berjanji akan terus berjuang habis-habisan untuk Malaysia walaupun tanpa duit dalam poket.

Ini menggambarkan betapa sayang Hafizh kepada sukan permotoran.