Itu antara perbualan saya dengan bekas jurulatih hoki Jepun, Kang Keong Wook ketika pertemuan pertama kami pada 2006.
Legenda Pakistan, Rehan Butt yang juga pernah menyarung jersi Sapura pada 2010 juga antara yang mencanang kehebatan pihak pengurusan pasukan itu ketika berkelana di seluruh dunia.
"Mereka antara yang terbaik. Walaupun bajet tidak begitu besar, namun mereka lakukan semua perkara dengan teliti termasuk menyukat jumlah cecair dalam tubuh kami setiap pagi.
"Saya bangga mewakili Sapura," katanya.
Itu antara kehebatan Sapura, yang ditubuhkan pada 1987.
Namun selepas 29 tahun, pihak pengurusan ambil keputusan menarik diri daripada Liga Hoki Malaysia (LHM).
Ia tamparan hebat kepada pemain, jurulatih dan peminat.
"Kami raih keputusan menakjubkan musim lalu. Saya fikir pihak pengurusan akan menambah bajet pasukan. Namun perkara sebaliknya berlaku.
"Saya terkejut dan kecewa, namun inilah lumrah dalam sukan. Pasukan datang dan pergi, namun kami akan tetap berdiri di sini menyambung perjuangan demi minat terhadap hoki," kata penjaga gol, Mohd Hairi Abd Rahman.
Saya pernah menyaksikan beberapa pasukan LHM menarik diri seperti gergasi, Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Namun, kali ini sesuatu yang berbeza kerana Sapura baru memasuki gear pertama dan bersiap sedia untuk gear kedua dan ketiga.
Skuad kendalian Yahya Atan menggegar musim lalu apabila muncul juara Piala Tan Sri P Alagendra, naib juara liga dan Piala TNB.
Ia pencapaian terhebat sejak menjuarai trofi berganda 2005 tetapi akhirnya terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan.
Buat pemain dan jurulatih, mohon bersabar.
Memang perit apabila hilang pekerjaan dan kami selaku komuniti hoki akan cuba membantu apa yang terdaya.
Mungkin sukar untuk menyaingi kemewahan pemain tengah import musim lalu, Gurbaj Singh yang muncul pemain termahal Liga Hoki India dengan nilai hampir RM450,000 selepas hanya semusim mewakili Sapura.
Tetapi, kami akan tetap mencuba. Mungkin ada pasukan LHM atau kelab luar negara yang berminat.
Bazly Azmi
Sat Nov 26 2016


Simeone: This season a 'wake-up call' for Atletico Madrid
Atletico Madrid ended their LaLiga season with a 2-1 win away to Real Sociedad on Sunday, finishing ahead of Sevilla in third place.

US PGA Championship: Mito Pereira says he felt the pressure during 18th-hole collapse
Chile's Mito Pereira said he could not think straight as he tried to seal his debut PGA Tour win at the US PGA Championship.

US PGA Championship: Two-time champion Justin Thomas breaks down 'very special' and 'bizarre' final round
Justin Thomas admitted he did not look at the scoreboard on Sunday after coming in eight strokes off the lead, before winning in a playoff.

Xavi: Barcelona must be 'humble' to improve in off-season
Barcelona have finished the season 13 points off Real Madrid in LaLiga and without a trophy after Sunday's 2-0 loss at home to Villarreal.

US PGA Championship: Justin Thomas wins after playoff against Will Zalatoris
Justin Thomas trailed Mito Pereira by eight strokes heading into Sunday's final round, but he left with his second Wanamaker Trophy.

Zlatan Ibrahimovic dedicates Milan's Scudetto to Raiola as Swedish star defies doubters
Zlatan Ibrahimovic's long-time agent Mino Raiola died last month, and the striker found it poignant to be celebrating a title without him.

Cagliari suffer Serie A relegation as Salernitana survive for first time despite Udinese thrashing
Salernitana escaped dropping down to Serie B despite a comprehensive defeat against Udinese, as Cagliari were relegated on Sunday.

Neville and Keane left furious after spate of pitch-invasion violence
Gary Neville and Roy Keane were left furious after Manchester City fans invaded the pitch at full time, with some attacking Robin Olsen.

Outrageous rabona strike among five for Balotelli in historic final-day display
Mario Balotelli boosted his seasonal Super Lig total on the final day with five against Goztepe, a first for an Adana Demirspor player.

Ten Hag straight down to work at Man Utd as club confirm Monday unveiling
Erik ten Hag watched Manchester United's dismal season end with defeat to Crystal Palace, and he will face the media on Monday.