Dia menyerahkan sarung tangan kontroversi "SAVE GAZA" yang dipakai ketika Sukan Komanwel Glasgow, Scotland 2014 kepada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret).

Sarung tangan itu dilelong di Pulau Pinang dan ia bernilai RM10,001!

Pembelinya, Datuk Salim Parlan yang juga ahli majlis Kesatuan Olahraga Malaysia.

Saya sempat bertanyakan Salim mengenai perancangan terhadap sarung tangan itu.

"Boleh guna untuk memasak di dapur," terus beliau ketawa.

Ia akan disimpan di pejabatnya sebagai kenang-kenangan.

Imaret nyata gembira dengan hasil lelongan kerana walaupun nilainya tidak begitu besar, tetapi ia permulaan baik daripada atlit negara.

Seingat saya, pelumba lebuhraya, Loh Sea Keong pernah melelong jersi kuning juara keseluruhan Jelajah Malaysia 2013 dan nilainya, RM70,000!

Itulah apabila atlit negara terbabit dengan program amal seperti ini, kadang-kala hasil yang diperolehi tidak masuk akal.