Perebutan juara Liga Perdana musim ini akan ditentukan melalui perlawanan pada malam ini yang membabitkan pasukan Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC.

Inilah saat yang menarik untuk disaksikan bagaimana percaturan taktikal dan strategi akan dilakukan oleh kedua-dua jurulatih berpengalaman iaitu E. Elavarasan dan K. Devan untuk memastikan apa yang diimpikan oleh pengurusan dan peminat-peminat mereka menemukan hasilnya.

Dari segi prestasi semasa kedua-dua pasukan itu ia tidak boleh dinafikan kerana kedua-duanya berada pada prestasi terbaik. Mengikut dari rekod 5 perlawanan terakhir kedua-kedua pasukan hanya tewas 1 perlawanan sahaja dan ini akan menjadikan perlawanan yang seimbang. Namun ada sedikit kelebihan bagi pasukan kedalian E. Elavarasan kerana Sarawak United mempunyai kekuatan di bahagian penyudah berbanding Negeri Sembilan.

Ini boleh di lihat dari statistik jaringan yang di cipta Sarawak United dari 18 perlawanan yang lalu dimana Sarawak United berjaya melakukan 36 jaringan berbanding Negeri Sembilan 28 jaringan dan jaringan bolos juga amat tinggi. Sudah tentu dengan kelebihan itu akan memberi keyakinan kepada pemain-pemain Sarawak United untuk memberi aksi yang terbaik mereka bagi mencipta kemenangan di laman mereka sendiri.

Namun ia bukan tugasan yang mudah bagi anak didik E. Elavarasan itu kerana mereka akan berhadapan dengan pemain-pemain Negeri Sembilan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menghadapi perlawan penting seperti Zaquan Adha selain strategi dan taktikal K. Devan. Apa yang pasti Sarawak United perlu mengambil kesempatan dengan kelebihan yang mereka miliki terutama ketajaman di bahagian penyudah mereka selain bermain di laman sendiri. Inilah peluang terbaik untuk Sarawak United terus menjarakkan mata dan mengekalkan kedudukan teratas carta Liga Perdana yang hanya berbaki lagi 3 perlawanan.