Faiz Nasir bertapak dengan ketinggian 1.52 meter makin menyerlah sebagai gergasi dalam kalangan marhaen skuad The Red Giants.

Lenggok lincah, kental ketika diasak, berhati besar mendukung pasukan antara yang buat penyokong Selangor makin jatuh hati dengan Faiz.

Kalau ada satu sinar penghibur dalam waktu Selangor terkapai mencari identiti sebagai pencabar kejuaraan Liga Super, sinar itu adalah dia.

Malaysia mudah menyamakan mana-mana bakat genit seperti Faiz dengan pemain terulung pernah disaksikan dunia, Lionel Messi.

Terusik hati memikirkan hakikat, Faiz sebenarnya lebih kecil jika dibandingkan dengan Messi yang memiliki ketinggian purata orang Asia.

Tetapi yang jadi perbandingan sebenar adalah bagaimana Faiz berupaya menyerlahkan imaginasi di atas padang.

Boleh buat penyokong yang menyaksikan aksi dia berdiri dengan keghairahan dan bertepuk dengan kebanggaan.

Mungkinkah Faiz Nasir ini jeneral yang berupaya menjadi nadi kepada Selangor seperti legenda dan ikon terdahulu The Red Giants.

Membina satu empayar dengan falsafah seorang pengendali baru, bukan aspirasi yang boleh dijadikan realti dalam sekelip mata.

Yang mahu saya ajukan......Bentuk sebuah pasukan berpaksikan kepada seorang individu atau mengharap kepada seorang individu menjadi penyelamat kepada sepuluh yang lain?

Waktu sudah tiba untuk sang kerdil jadi jeneral kepada gergasi-gergasi Shah Alam dan tanah jajahannya.