2 November, hari yang akan menentukan dua juara, satu kejohanan dunia di mana jutaan akan menyaksikan England atau Afrika Selatan akan menjulang trofi Piala Dunia Ragbi.

Satu lagi penentuan yang lebih relevan kepada kita ialah final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah. Ia sama seperti final 2017 tetapi banyak perbezaan yang dilalui kedua-dua pasukan sepanjang dua tahun.

Pertama, jurulatih yang berbeza. Kedah dulu mempunyai khidmat Nidzam Azha Yusoff dan kini Aidil Sharin Sahak menggalas tugas tersebut sementara Ulisses Morais membimbing JDT ketika itu dan Benjamin Mora sekarang.

Barisan pemain juga berbeza tetapi hanya Individu yang berbeza. Apa yang masih sama dan konsisten ialah keinginan kedua-dua pasukan dalam mengecapi kejayaan. Jika Kedah berjaya, mereka akan menjulang trofi kedua selepas kejuaraan Piala FA sebelum ini.

Buat JDT, tidak dinafikan pasukan pilihan yang sentiasa mencipta sejarah tetapi oleh kerana Southern Tigers ini seakan pasukan "high profile" menjadikan Kedah mendapat banyak sokongan di final nanti. (walaupun penyokong tidak berasal dari Kedah)

Ramai yang ingin melihat Kedah bergelar juara kerana bagi mereka, JDT meraih satu lagi kejuaraan adalah kebiasaan. Jadi ini menyemarakkan lagi suasana menjelang final.

Walaupun kedua-dua pasukan "sama" akan beraksi seperti final 2017, tetapi mana tahu yang "lain" ialah juara pada edisi 2019. (sambil kenyit mata)

Kredit foto: Johor Southern Tigers