Waktu mula mendampingi skuad paralimpik negara pada 2011, takdir membawa saya mengenali insan istimewa Allahyarham Salam Sidik.

Salam, pemanah recurve para negara dicanang sebagai antara individu yang berupaya membawa pulang pingat emas di pentas Paralimpik.

Bagaimanapun yang maha Esa lebih menyayangi dia apabila dia dijemput Ilahi sewaktu usia muda, 28 tahun pada tanggal 2011.

Aspirasi Allahyarham kemudiannya jadi dukungan Hasihin Sanawi yang punya aura tersendiri sewaktu memimpin skuad negara.

Berbekalkan impian Salam untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia di pentas Paralimpik, pingat perak jadi pulangan daripada kempen Sukan Olimpik London 2012.

Berbeza dengan skuad Olahraga, Hasihin berada dalam kelas tersendiri berbanding pemanah recurve para yang lain.

Selepas penampilannya tidak membuahkan hasil di Sukan Olimpik Rio 2016, terbit tanda tanya apakah legasi Salam dan Hasihin akan berlalu pergi begitu sahaja.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan apabila S.Suresh menyambar Kejuaraan Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda baru-baru ini susulan kejayaan dia layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara merit.

Saya tidak pernah berkesempatan berbicara dengan Suresh di lapangan tetapi dia disifatkan sebagai individu yang memiliki segala wibawa dan perwatakan seperti Salam dan Hasihin.

Salam sebagai perintis, Hasihin sebagai pendukung, mungkinkah Suresh pelengkap kepada aspirasi pingat emas Paralimpik buat skuad memanah recurve para negara di Tokyo 2020.