Kemelut yang melanda kem pasukan Pahang di antara Mohamadou Sumareh dan pengurusan Pahang sebelum perlawanan Liga Super 2020 disambung semula minggu lalu telah menarik perhatian penyokong-penyokong bola sepak negara.

Pelbagai spekulasi timbul apabila Sumareh tidak menghadirkan diri pada sesi latihan selama sebulan ketika ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh sedang membuat persiapan pasukan Pahang sebelum bertemu Johor Darul Ta’zim.

Ada yang menyatakan Sumareh kecewa dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) akibat dari masalah pembayaran gaji lewat itu yang membuatkan Sumareh memencilkan diri dan ada juga yang menyatakan Sumareh telah disunting oleh kelab lain.
Namun, itu masih lagi spekulasi yang bermain di gegendang telinga peminat-peminat bola sepak negara.

Tetapi berdasarkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh pengurusan Pahang dan permohonan maaf yang dilakukan oleh Sumareh dilaman sosial itu ia mengambarkan ada sedikit salah faham di antara kedua-dua belah pihak ini dan sudah pasti masih ada ruang kepada dua-dua belah pihak untuk mencari jalan penyelesaian sekirannya kedua-dua pihak ini bersemuka dan berbincang secara baik.

Dalam setuasi ini Sumareh perlu lebih berani untuk menampilkan dirinya menyatakan apa yang terbuku dihatinya di meja rundingan mengunakan ejennya sekiranya tidak mahu memgganggu tumpuan dan prestasinya dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan dan sebagainya.

Begitu juga dengan pihak pengurusan Pahang perlu bersikap lebih terbuka dan berlapang dada dalam menyelesaikan masalah ini sekiranya kemelut ini bermula dari pihak pengurusan Pahang sendiri.

Bagi penulis apa yang berlaku ini satu lagi iktibar dan pengajaran serta hikmah kepada semua yang terlibat dalam industri bola sepak negara terutamanya kepada badan induk bola sepak negara kita iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sudah sampai masanya FAM perlu mewajibkan kepada semua pemain-pemain tempatan terutamanya dapat mengunakan khidmat nasihat ejen atau pun penguam peribadi untuk mewakili diri mereka dalam menangani setiap permasalahan ataupun perbincangan serta rundingan yang ingin dilakukan oleh pemain bersama kelab.

Lihat sahaja kes yang berlaku di antara Lionel Messi dan Barcelona FC di mana Messi hanya menyerahkan kepada peguamnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dirinya terus memberikan tumpuan kepada latihan sementara mencari jalan penyelesaian. Yang lebih penting etika professional itu dipeggang oleh Messi.

Kepada peminat-peminat pula janganlah menambahkan lagi kekalutan dan spekulasi yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak itu sebaliknya perlu bersikap tenang dan tidak perlu menunding jari kepada pihak lain kerana dalam setuasi itu kita sebagai orang luar perlu mendengar terlebih dahulu daripada keterangan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sebelum membuat tuduhan ataupun andaian.

Biarlah apa yang terjadi antara Sumareh dan pengurusan PBNP itu mereka selesaikan secara matang dan professional.

Janganlah terus mengungkapkan dengan spekulasi, Salah siapa, Sumareh atau PBNP?.