Berhadapan dengan Petaling Jaya City FC di Stadium Petaling Jaya pada malam esok akan menguji sejauh mana kemampuan sebenar pemain-pemain Sabah dan kekuatan mental mereka apabila bermain dalam tekanan.

Berada pada kedudukan kedua terbawah Liga Super sudah pasti akan memberi sedikit tekanan kepada anak-anak buah Kurniawan Dwi Yulianto untuk memberikan aksi yang konsisten sepanjang perlawanan dalam memburu kemenangan supaya Sabah boleh keluar dari zon penyingkiran ke Liga Perdana pada musim hadapan. Ini yang dibimbangi oleh penyokong-penyokong setia pasukan dibawah bayu itu.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Sabah ketika berhadapan dengan tekanan itu ialah, dimana mereka perlu tenang dan fokus pada apa yang telah dirancang melalui strategi yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Itu yang perlu diikuti dan dilakukan oleh setiap pemain-pemain Sabah. Ia tidak mustahil sekiranya setiap pemain-pemain Sabah dapat memberikan tumpuan pada setiap saat perlawanan dan mengekalkan disiplin mereka. Ini boleh kita lihat dari perlawanan terakhir Sabah dimana Sabah hanya tewas tipis dengan Selangor. Ini menunjukan bahawa mereka boleh lakukan dan mereka perlu memperbaiki persefahaman dan komunikasi mereka sesama sendiri serta juga perlu bijak dalam mengawal permainan.

Selain itu pemain-pemain Sabah perlu memperkemaskan kerja secara berpasukan mereka terutama ketika bertahan. Itu kelemahan yang paling ketara setakat ini yang perlu diperbaiki dengan segera pada malam esok dan faktor itu juga yang boleh menyebabkan kekalahan lagi sekiranya tidak diperbaiki. Berhadapan dengan pasukan PJ City itu akan menjadi lebih sukar kepada pemain-pemain Sabah kerana anak-anak buah K. Devan mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi serta kepantasan pemain-pemain sayap mereka. Itulah senjata utama PJ City ketika melakukan serangan balas dengan transisi yang pantas.

Diharapkan pada malam esok pasukan Sabah dapat memperbaiki segaka kelemahan itu dan dapat memberikan saingan kepada PJ City dan seterusnya mencipta kemenangan. Sekiranya tidak berjaya memunggut tiga mata ia akan menambahkan lagi tekanan dan derita pasukan Sabah. Kemungkinan juga tempat ketua jurulatih Sabah akan tergugat. Sama-samalah kita nantikan apa yang akan terjadi pada malam esok. Adakah Sabah terus malang atau akan terus melawan sebagai pahlawan sebagaimana yang diharapkan oleh penyokong-penyokong Sabah.