Selepas tewas di tangan Selangor pada peringkat suku akhir Piala FA dan kehilangan beberapa tonggak utama sebelum berhadapan PJ City semalam ia tidak melemahkan semangat pengendali Sabah, Ong Kim Swee sebaliknya beliau telah menggunakan pengalamannya untuk menyusun strategi dengan pemain-pemain yang dimilikinya.

Ini jelas boleh dilihat apabila Kim Swee meletakkan Nazirul Naim di bahagian sayap bergandingan dengan Amri Yahya untuk mempertajamkan bahagian penyudah Sang Badak.

Walaupun pada babak pertama Sang Badak nampak agak longlai namun anak didik Kim Swee masih lagi dapat memberi saingan pada tuan rumah. Namun atas sedikit kealpaan pertahanan Sabah ia telah memberi ruang kepada Darren Lok penyerang PJ City itu melakukan jaringan pendahuluan melalui tadukannya dari sepakan sudut. Jaringan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat dan moral pemain Sabah sebaliknya mereka terus bangkit memberi saingan untuk mencari jaringan penyamaan.

Kehadiran Amri Yahya sebagai nakhoda Sang Badak di atas padang dan di bantu pula beberapa pemain-pemain berpengalaman telah berjaya menggekalkan konsentrasi rakan-rakan sepasukannya sehingga berjaya menyamakan kedudukan paca minit-minit awal babak kedua. Dengan aura dan pengalaman yang dimiliki Amri itu sebenarnya banyak membantu Garry Steven Robbat di bahagian mindfield defendcive untuk bertindak dengan cemerlang apabila berjaya mematikan dan menghalang setiap gerakkan lawan.

Dengan kekuatan yang dimiliki itu, Sang Badak terus bagkit memberikan tekanan pada lawan terutama melalui gerakkan yang lebih pantas,tersusun kemas melalui pemain-pemain sayap. Akhirnya Sabah memperolehi jaringan kemenangan melalui Irfan Fazail setelah menerima satu hantaran lintang. Kemenangan ini juga telah memperkukuhkan kedudukan anak didik Kim Swee di tempat kedua carta Liga Super dan sudah tentu ini akan terus meningkatkan moral mereka.

Apa yang perlu dikekalkan bukan sahaja konsentrasi dan semangat mereka sebalik keharmonian didalam pasukan juga perlu di pantau Kim Swee. Sementara dalam situasi ini pengurusan kelab Sabah juga perlu bijak mencari tonik tambahan kepada pemain-pemain Sang Badak ini untuk tingkatkan lagi keinginan mereka untuk menggekalkan kedudukan dan seterusnya bermain didalam saingan Piala AFC setidak-tidaknya.