Cristiano Ronaldo yang berasal dari kepulauan Madeira, Portugal diberikan penghormatan apabila lapangan terbang di kampung kelahirannya itu dinamakan sempena nama beliau.

Upacara yang dihadiri oleh Presiden Portugal itu turut menarik ribuan peminat Ronaldo yang hadir untuk bertemu dengan idola mereka itu.

Penghormatan istimewa turut menghadiahkan Ronaldo sebuah patung gangsa direka khas menyerupai beliau.

Namun disitulah bermula segala-galanya.

Patung tersebut dikatakan langsung tiada mirip Cristiano Ronaldo. Ada yang mengatakan ianya hodoh, tidak serupa dan lebih menyerupai individu lain. Hanya gaya potongan rambut sahaja yang kelihatan sama, selebihnya tidak! Dan isu ini mula tular di media sosial sehingga menjadi 'trending' buat seketika.

Tujuan utama penghasilan patung itu adalah untuk mengenang kehebatan Cristiano Ronaldo selaku salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman tetapi ianya mendapat kritikan banyak pihak.

Biarpun patung gangsa yang direka dikritik hebat, Cristiano Ronaldo tetap menghargai penghargaan yang diberikan dan tetap berbangga bergambar disisi patung gangsa tersebut kerana apa yang lebih penting ialah penghormatan yang diberikan oleh warga Madeira dan presiden Portugal sendiri terhadap sumbangannya di atas padang.