Lima kemenangan dalam lima perlawanan liga setakat ini sudah cukup membuktikan bahawa pasukan Liverpool dan Chelsea adalah antara pencabar utama bagi merampas kejuaraan liga daripada The Citizens.

Bagi pasukan Liverpool, kecemerlangan momentum musim lalu berjaya diteruskan oleh Jurgen Kloop dan anak-anak buahnya apabila terus cemerlang menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur. Kemasukan pemain baru sepeti Allison Becker dan Naby Keita ternyata menambah kekuatan pasukan selain persembahan cemerlang pemain tonggak seperi Mohamed Salah, Roberto Firmino, Mane dan Virgil Van Dijk.

Dengan 11 gol dijaringkan dan hanya bolos 2 gol, The Reds berkemungkinan berpeluang cerah menjuarai liga andai momentum sama dapat dikekalkan. Kali terakhir mereka menjuarai liga adalah pada 1989.

Berlainan pula ceritanya buat The Blues selepas prestasi hambar musim lalu segera diterbalikkan keputusannya oleh pengendali berasal dari itali, Maurizio Sarri yang cemerlang melakar kemenangan dalam semua perlawanan liga. Terbaru, kemenangan 4 – 1 ke atas Cardiff City dengan Eden Hazard meledakkan hatrik meletakkan mereka selaku peneraju liga dengan kelebihan jaringan gol.

Disebalik kejayaan memimpin carta liga, Sarri bagaimanapun tetap merendah diri dan menganggap bahawa Liverpool dan Manchester City adalah pasukan yang lebih baik dari Chelsea. Dengan Chelsea tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah, tumpuan utama sudah semestinya saingan liga perdana selain liga Europa dimana mereka bakal berdepan pasukan PAOK di tempat lawan.

Liverpool dan Chelsea adalah dua pasukan yang berjaya mengutip mata maksima dalam 5 perlawanan sekaligus menyaksikan mereka berada di kedudukan 1-2 liga, manakala pencabar lain seperti Manchester City berada di tangga ketiga, Tottenham di tangga keenam, United di tangga kelapan, manakala tangga tiga terbawah liga dihuni Huddersfield Town, Newcastle United dan juga Burnley.