Akui berbangga dengan apa yang di bawa oleh Tan, Rajagobal kini berasa puas, ilmu yang dikongsi selama 4 tahun sebagai jurulatih negara, tidak terkubur sia sia malah Tan kini menjadi wira utama bagi pasukan hijau kuning.

"Kenapa baju putih Tan?" tanya Rajagobal

" Follow guru la Datuk .. " jawab Cheng Hoe tepat

Jika ramai yang mengikuti perkembangan bola sepak negara era Rajagobal mungkin sedar betapa jurulatih ini hanya memakai baju berwarna putih setiap kali perlawanan berlangsung tidak kira dalam mahupun luar negara.

Warna putih cukup sinonim dengan Rajagobal dan kini Cheng Hoe turut mempraktikan cara yang sama sebagai menghormati pendekatan yang di guna pakai mentor nya itu.

Rasa bangga Rajagobal tidak hanya terhenti di situ

Melihat kejayaan anak didiknya kini miliki 'market' tersendiri buat dirinya tersentuh.

"Mereka sudah capai tahap tertinggi dari segi gaji dan pendapatan, mereka jelas mengatasi zaman saya ketika bergelar pemain." akui Rajagobal merujuk kepada Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali dan lain lain pemain di mana majoriti menyarung jersi Johor Darul Takzim

Walaupun sudah tidak bergelar jurulatih negara, yang nyata Rajagobal tidak pernah di lupakan.

Malah menerima jemputan sebagai tetamu istimewa dalam setiap majlis perkahwinan pemain pemain bola sepak negara di anggap sebagai penghargaan yang cukup besar buat dirinya.

Namun Rajagobal terhenti sejenak apabila di minta mengulas senario bola sepak masa kini.

" i reserved my comment, saya tidak mahu ia di salah ertikan, tetapi sebagai orang dewasa kita mampu berfikir dan membuat perbandingan sendiri"

Mungkin juga Rajagobal berkecil hati apabila jasanya selama ini hanya di pandang remeh sesetengah pihak sehingga menjurus keputusan FAM untuk tidak melanjutkan kontraknya.

Pengendali ini hanya tersenyum apabila di ajukan soalan itu.

" Saya tidak berkecil hati, jauh sekali bawa diri."

Itu reaksi spontan Rajagobal setelah di tanya mengapa dia menyepi setelah tidak lagi bergelar jurulatih negara sejak 2 tahun lalu.

Secara jujur aku gembira Rajagobal bakal kembali mewarnai liga bola sepak negara musim hadapan apabila memilih Sarawak sebagai pasukan bertuah untuk dia membuat 'comeback'

Misi Rajagobal cukup jelas dan alasan kenapa dia memilih Sarawak sebagai pasukannya musim hadapan adalah kerana semangat yang di miliki oleh orang Sarawak sendiri.

Semangat luar biasa penyokong Sarawak jika bersorak untuk pasukan kesayangan mereka begitu jitu hampir menyamai semangat yang di tonjolkan penyokong Kelantan

" Saya rindukan semangat sebegini, dan saya berjaya temui ia dalam jiwa penyokong Sarawak. Hampir menyamai kenangan paling manis saya ketika Malaysia di nobat selaku juara bola sepak Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010."

Yang nyata 'King' sudah kembali untuk terus menabur bakti di negara sendiri walaupun negara jiran Vietnam hampir berjaya memujuk Rajagobal untuk berbakti di bawah bendera mereka.

" Jika ramai yang mengatakan saya terus hidup dalam sejarah lama, itu tidak apa tetapi saya mampu berbangga dan saya masih belum puas berbakti di sini (Malaysia). "

Rajagobal menamatkan perbualan kami dengan senyum yang cukup bermakna.