Sepanjang musim 2015 Kimi dibelenggu masalah demi masalah jentera serta ketidaktentuan masa depan beliau bersama Ferrari namun corak perlumbaan dan catatan masa kelayakan beliau ketika di Abu Dhabi GP terkini membuktikan bahawa beliau masih antara pelumba yang diminati ramai serta berkemampuan untuk bersaing dan mengatasi Sebastian Vettel rakan sepasukan. Kerap kali kita melihat Raikonnen berada dalam posisi baik namun tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana masalah jentera yang dialami. Sehinggakan ramai menyatakan bahawa Ferrari lebih menumpukan perhatian kepada Juara Dunia 2 kali iaitu Vettel berbanding Raikonnen yang juga pernah muncul Juara Dunia sekali bersama Ferrari. Penyokong penyokong tegar Ferrari masih menyayangi Raikonnen dan ingin terus melihat beliau bersama Scuderia Ferrari musim hadapan.

Berdasarkan persembahan musim ini mungkin agak mudah kita simpulkan bahawa Vettel lebih menyerlah namun harus kita ambil kira faktor nasib yang tidak menyebalahi Raikonnen sepanjang musim serta tiap kali Raikonnen mengatasi rakan sepasukan Vettel dalam sesi kelayakan adalah melalui perbezaan waktu yang agak ketara. Dalam pada masa depan Raikonnen masih menjadi tanda tanya, Nico Rosberg membuktikan kepada Mercedes bahawa beliau adalah pesaing terbaik buat Lewis Hamilton untuk musim hadapan selepas Hamilton muncul Juara terlebih awal musim ini kerana pungutan mata yang jauh beza dgn Rosberg dengan baki perlumbaan yang tidak cukup buat Rosberg mengatasi Hamilton. Nasib Rosberg juga bagaikan Raikonnen di Mercedes kerana dalam sesi kelayakan kedua dua pelumba sering mengatasi antara satu sama lain namun ketika perlumbaan keesokan harinya Rosberg sering dilanda masalah jentera yang tidak dalat dielakkan dan boleh dikatakan tidak bernasib baik. Rosberg menjuarai perlumbaan di Abu Dhabi dan juga mengatasi Hamilton dalam sesi kelayakan terlebih dengan jura g perbezaan masa hampir 0.5 saat yang dikatakan agak besar dalam sukan permotoran.

Ramai mungkin katakan Hamilton tiada apa lagi untuk dibuktikan kerana telahpun muncul Juara Dunia keseluruhan musim 2015 ini namun melihat semula perjalanan kalendar F1 musim ini boleh dikatakan Hamilton bernasib baik muncul Juara terlebih awal kerana masalah demi masalah yang dialami Rosberg dengan jenteranya dalam beberapa perlumbaan genting. F1 musim 2015 ini tidak dinafikan dikuasai sepenuhnya Mercedes antara Rosberg dan Hamilton yang menyaksikan persaingan mantap namun sayang sekali persaingan itu tamat lebih awal dari jangkaan. Apapun dua pelumba tumpuan saya musim hadapan untuk F1 2016 adalah Kimi Raikonnen untuk Ferrari jikalau masih kekal dan Nico Rosberg untuk Mercedes kerana nasib yang lebih kurang sama menimpa kedua dua pelumba ini sepanjang musim yang memperlihatkan kemaraan mereka disekat akibat masalah masalah yang tidak dielakkan kerana jentera kurang baik ketika itu. Tidak dinafikan Hamilton dan Vettel juga aksn terus menyengat buat pasukan masing masing seperti yang kita lihat di Abu Dhabi Vettel dari kedudukan ke-13 akhirnya menduduki tempat ke-4 buat Ferrari dengan strategi perlumbaan mantap dihasilkan Ferrari. Persoalannya mampukah Ferrari kembali menjadi kuasa besar yang pernah mereka huni satu ketika dahulu ataupun mereka akan terus mengejar dari belakang.