HAMPIR setahun memegang teraju Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Mohd Khairi Zawi menerima undangan selaku tetamu program Dengan Izin.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN itu yang dilantik pada Januari lalu, mengakui bahawa beliau sebagai seorang akademik yang memandang dari luar, sangat kritis terhadap organisasi itu.
“Biasanya orang akademik mengambil keputusan berlandaskan sokongan teori. Saya juga sebelum ini tidak jelas dengan fungsi ISN,” antara bait-bait kata Dr Khairi dalam program itu.
Pelantikan Dr Khairi menggantikan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz datang serentak dengan model sukan baharu yang diperkenalkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Maka objektif ISN sudah berevolusi dengan tuntutan kerja yang digariskan secara terperinci mengikut piramid pembangunan sukan.
“Saya mahu mempromosi ISN sebagai institusi perubatan sukan dan sains sukan serta penyelidikan teknologi.
“Kami mengemukakan visi komprehenseif bagi menghayati model transformasi. Kemajuan sukan berdasarkan model itu memerlukan sinergi kukuh dengan pelbagai agensi dan kami seperti agensi lain tidak boleh berfungsi secara silo.
“Saya juga mahu mengubah pendekatan dan budaya pemikiran. Kalau di United Kingdom, persatuan sukan mencari saintis sukan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet. Di Malaysia kami harus menjual kepakaran yang ada serta meyakinkan keluarga sukan bahawa produk itu boleh membantu.
"Secara peribadi saya sendiri dahulu berpuas hati sekadar memenuhi indeks petunjuk prestasi (KPI) dengan melakukan penyelidikan akademik untuk jurnal apabila berdepan kekangan mengaplikasikan teori kepada amali,” katanya.
Dr Khairi juga menyebut mengenai marginal gains atau kelebihan kecil.
“Sukan hari ini bukan soal siapa lebih cergas, siapa lebih kuat kerana jurang kecil memisahkan mereka. Tanggungjawab saintis sukan melihat perkara-perkara kecil yang boleh menyumbang kepada peningkatan atau hasil optimum yang akhirnya membezakan pingat emas atau perak. Proses yang dipanggil marginal gains.”
Selaku pakar bio-mekanik atau pergerakan tubuh manusia, Dr Khairi menjalankan antara lain kajian mendapatkan marginal gains untuk pemanah berdasarkan hayunan badan dan ritma penafasan ketika melepaskan anak panah.
Dalam program itu, Dr Khairi berkongs antara lain:
# Australia membelanjakan AS$800 juta untuk persiapan ke Olimpik 2016, manakala Team Great Britain AS$1.3 bilion, berbanding RM70-80 juta untuk kontinjen negara.
# Mesilau di Kundasang, Sabah, dikenal pasti sebagai pusat latihan tanah tinggi untuk atlet elit.
# Dr Khairi mengetuai penyelidikan impak pakaian sukan khas untuk sesetengah atlet negara.
# Keputusan mengekal atau menggugurkan atlet boleh dibuat dengan mengkaji pola tidur iaitu fasa pergerakan mata cepat (REM) dan gelombang perlahan atau nyenyak bagi mengkaji waktu rehat atlet yang boleh menyumbang kepada prestasi sesebuah pasukan atau sukan.
# ISN sedang mengkaji kemungkinan berpadu tenaga dengan Ouita Prefecture untuk kem latihan atlet elit menjelang Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020
# Sesetengah aspek pengenal pastian bakat yang dilakukan selama ini di peringkat sekolah mengakibatkan bakat sukan terpinggir dari awal
# Ada persatuan sukan memohon khidmat analisis prestasi di lokasi sekalipun ia untuk kejohanan berunsur persahabatan.
Jangan lupa saksikan perkongsian menarik Dr Khairi untuk dua episod berturut-turut, hanya di Dengan Izin.
Rizal Hashim
Sat Nov 19 2016


Wimbledon loses ATP ranking points for 2022 over Russia and Belarus ban
The ATP Tour has responded to Wimbledon's ban on Russian and Belarusian players by stripping it of any ranking points this year.

French Open: Osaka worried before Roland Garros return, readying herself for hecklers
The past 12 months have been tricky for Naomi Osaka, and the prospect of a Roland Garros news conference prompted concern.

Federer hopes to emulate 'incredibly inspiring' Nadal injury recovery
Long-time rivals Roger Federer and Rafael Nadal have struggled with injuries, and the former has taken inspiration from the Spaniard.

Alexander-Arnold: Liverpool's quadruple hunt 'special', regardless of Premier League outcome
Though Liverpool begin the Premier League's final day as title outsiders, Trent Alexander-Arnold says their quadruple bid has been historic.

Gerrard riled by questions over his integrity ahead of Man City showdown
Steven Gerrard is a Liverpool legend, and his former club are hoping for a favour when his Aston Villa team face Manchester City.

Mancini blames Serie A system for failing to provide Italy with youthful talent
Consecutive failures to qualify for the World Cup have led to widespread criticism of the Italian system, and Roberto Mancini agrees.

The Numbers Game: Manchester City ready to disappoint Steven Gerrard and Liverpool
Manchester City could be pipped by Liverpool on the final day of the Premier League season, but data offers scant encouragement to the Reds.

FA condemns spate of pitch invasions
The Football Association will investigate several recent pitch invasions, condemning fans' behaviour after numerous instances of violence.

Marsch plans to stay even if Leeds cannot 'outpoint' Burnley in relegation battle
The Premier League relegation battle will go down to the final day, with Leeds United needing to better Burnley's result to stay up.

Mbappe's mother confirms agreements in place with PSG and Real Madrid as decision looms
With Kylian Mbappe ready to make a decision on his future, his mother said agreements are in place with Real Madrid and Paris Saint-Germain.