Untuk musim hadapan, ada yang dikekalkan oleh pasukan mereka, ada yang terpaksa meneropong destinasi baharu yang kala nampak adakalanya samar. Al maklum la musim jerebu.

Situasi ini bukan saja membabitkan pemain malahan si jurulatih. Penat juga nak menelefon pihak pengurusan. Nasib baik akan dilayan jika tidak boleh cuba lain kali. Pada ketika ini mereka yang terlibat akan mula terkejut, tergelak dan ada juga naik angin dengan nilai gaji yang diminta oleh pemain.Yang berhak sepatut dibayar dengan sekian nilai selamat.Yang tak selamat ialah pemain yang dah la asyik lepak di bangku simpanan,minta gaji macam penjaring terbanyak pasukan.Disini kebijaksanaan pihak pengurusan dan pasukan kejurulatihan dan agen dalam menilai apa yang patut apa yang tidak.

Perumpamaan mudah, jikalau layak kelas ekonomi terima saja.Jangan nak minta kelas perniagaan .

Gosip? Spekulasi? Dah timbul ke?

Antara yang penulis dengar.. Di Pantai Timur nampak ramai akan mencari rumah sewa di selatan dan Lembah Klang. Masih perbincangan katanya. Tapi tampak macam hampir pasti. Tunggu kecederaan pulih sedikit sempat kalau nak pindahkan rawatan ke lokasi baru. Jurulatih pun sama tak akan lari dari gosip. Ada seorang jurulatih macam dah nak balik bersama keluarga di Shah Alam. Ops rumah dekat dengan Proton. Di Bangi pun katanya jurulatih tu dah tawar diri nak berhenti sebab KPI tak sampai. Lain lain setakat ini penulis tak dengar lagi.Yang di atas antara yang tengah meletop ketika ini.Mungkin tunggu habis Piala Malaysia.

Utara pun setakat hari ini senyap lagi.Cuma ada satu pasukan kalau nak ke KL kena lalui negeri tu masih misteri.Takut Setiausaha yang pergi pilih jurulatih.Harap tak jadi la kan.Ada juga penulis dapat tahu satu pasukan tu bajet dah menarik satu pemain pun tak ada dalam senarai perbincangan. Nak kata sibuk dan tak ada masa Piala Malaysia tak masuk.Mungkin nak tunggu lagi 2 minggu baru bekerja.

Apa pun penulis akan cuba dapatkan maklumat lagi tentang alamat baru pemain bolasepak liga Malaysia musim depan.

Jumpa lagi..Adios