Kapten pasukan dan tulang belakang kejayaan Perak menjulang kejuaraan ke-10 Piala Tun Abdul Razak tahun lalu, Sukri Mutalib, memberi bayangan tidak akan mengetuai barisan kempen kali ini dan langkah itu bakal memberi laluan buat pemain muda memperkuatkan pasukan.




Biarpun belum ada kata putus mengenai pembabitannya itu, bagi bekas ketua pasukan negara tersebut, pendekatannya berkenaan disebabkan kekangan masa untuk mengerah kudrat selaku pemain dan penolong jurulatih pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bagi saingan Liga Hoki Remaja (LHR) yang dijadual tamat sejurus saingan Piala Tun Abdul Razak.

"Saya terpaksa (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.

"Andai Piala Tun Abdul Razak tidak diadakan secara gelembung sukan, kemungkinan saya boleh menyertainya," katanya di Nadi Weekend hari ini.