Tajuk perkongsian ini mengibaratkan berakhirnya penganjuran Piala Thomas & Uber sejak kali pertama dipertontonkan kepada dunia pada 1949.

Sejak 1949 yang turut menyaksikan dunia diuji dengan pelbagai polemik tidak pernah sekali pun kejohanan ini gagal dilangsungkan.

Daripada edisi pertama sehingga 1982 kejohanan berpasukan ini dianjurkan setiap tiga tahun sebelum perubahan format moden yang sudah menjadi kelaziman sejak 1984.

Bermula tahun itu, kejohanan ini hadir jadi rebutan kuasa besar badminton dunia setiap dua tahun.

Akan tetapi edisi 2020 berkemungkinan besar tidak dapat dianjurkan kerana pelbagai faktor membabitkan pandemik Covid-19.

Setakat ini badan induk dunia BWF sudah melaksanakan pindaan dua kali dari tarikh asal pada bulan Mei kepada Ogos dan terkini Oktober.

Dan difahamkan perubahan ini jadi pendekatan BWF tanpa mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh utama.

Sekali faham, dua kali boleh terima, tetapi kalau tiga kali pinda mungkin itu petanda yang menggusarkan.

Dalam pada faktor nyawa lebih penting, elok mungkin jika duduk semeja dan putuskan untuk tunggu sehingga 2022.