Penyerang TNB, Firhan Ashaari, menggalas dua tugas penting apabila turun menentang juara bertahan, UniKL, dalam perebutan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (LHM), malam esok.

Firhan sudah 23 bulan tidak beraksi ekoran kecederaan dan masalah peribadi.

Banyak yang mahu dibuktikannya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil termasuk kepada pihak pengurusan pasukan yang menyasarkan tiga trofi musim ini.

"Kalau boleh kami mahu habiskan perlawanan ini dalam masa 60 minit permainan.

"Dalam penentuan penalti, ia bergantung kepada sedikit nasib.

"Walaupun berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, debarannya pasti berbeza," katanya.

Sekitar sesi latihan pasukan #UniKL menjelang perlawanan Piala Sumbangsih menentang #TNB pada Jumaat 12 Mac...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, March 11, 2021


TNB dilihat berpeluang untuk merampas semula Piala Sumbangsih selepas kali terakhir menjulangnya pada 2017.

UniKL tetap menghormati pencabar mereka itu biarpun misi mempertahankan kejuaraam 'treble' musim lalu dilihat mencabar tanpa pemain import.

"Bukan setakat TNB, pasukan lain juga memerlukan gelaran musim ini.

"Tetapi kami akan cuba pertahankan pencapaian musim lalu," kata ketua pasukan UniKL, Mohd Marhan Abd Jalil.

Pejam celik tinggal 1⃣ hari lagi macam penyerang pasukan TNB, Azrai Aizad aka Boy tunjuk sebelum mulanya #TNBMHL tahun...

Posted by Hokita on Tuesday, March 9, 2021