Kini, Johor Darul Takzim yang dijenamakan semula dari Pasukan Johor FC atas kapasiti pasukan berstatus kelab telah mula mengorak langkah dengan meninggalkan pasukan lain jauh kebelakang dari segala aspek bola sepak.

Selaku pasukan kelab paling sukses, berkualiti dan hebat di persada tempatan, adalah sesuatu malapetaka jika mereka gagal merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2015 kali ini.

Dengan kegemilangan yan diraih selaku juara Piala AFC baru baru ini, saingan domestik dianggap bukanlah halangan yang tidak mampu dilalui. Muncul selaku pasukan tunggal yang mengutip mata maksima di peringkat kumpulan, saingan suku akhir bertemu Felda United sepatutnya merupakan misi mudah sebelum bertemu Kedah di peringkat separuh akhir nanti. Tetapi misi itu gagal dilaksanakan.

Sepatutnya , siapa pun lawan dalam Piala Malaysia ini, Johor Darul Takzim dilihat tidak akan menghadapi masalah sukar kerana kesemua pemain, tenaga kejurulatihan dan peminat mereka sudah berada di satu aras yang sedikit tinggi berbanding yang lain.

Namun kegagalan merangkul gelaran bola sepak paling berprestij di tanah malaya ini, ia mungkin merencatkan sedikit kegemilangan tahun 2015 buat Johor Darul Takzim