Kehangatan Piala Malaysia bakal menyinari kembali setelah berehat hampir dua minggu untuk memberi laluan kepada siri perlawanan antarabangsa.

Saya pasti dengan berbekalkan cuti yang panjang, sudah pasti kesemua pasukan yang terlibat sibuk merencana persiapan yang terbaik untuk pasukan bagi mengharungi baki perlawanan.

Berdasarkan pengamatan saya, perlawanan di peringkat kumpulan buat ketika ini masih lagi terbuka tatkala perlawanan baru memasuki perlawanan yang keempat.

Malah, masih terlalu awal lagi untuk kita memperkatakan siapakah yang bakal menjuarai Piala Malaysia pada edisi ini di mana saya melihat rata-rata pasukan yang bertanding masih mampu untuk membuktikan yang terbaik seterusnya berusaha untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Seperti kebiasaan, di dalam kejuaraan seperti ini, mengekalkan momentum merupakan perkara yang amat penting bagi setiap pasukan terumatanya setelah berehat panjang.

Sudah pasti, dengan berbekalkan momentum dan juga prestasi, ianya bakal membantu pasukan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir kelak dan juga mereka seharusnya menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali, tidak kurangnya juga dengan kehadiran pemain import di dalam setiap pasukan. Kita dapat melihat bahawa mereka ini adalah penggerak utama pasukan di samping pemain tempatan yang lain. Kebergantungan kepada aksi dan prestasi mereka juga dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada keputusan sesebuah pasukan.