Perebutan tempat ke peringkat suku akhir masih terbuka kepada semua pasukan dalam peringkat kumpulan kali ini. Walaupun pada awalnya saya sudah boleh meramalkan beberapa pasukan akan mudah layak keperingkat seterusnya namun sebaliknya berlaku.

Saya mengambil contoh dalam saingan kumpulan D, dimana saya menjangkakan Pahang dan Pulau Pinang akan mudah untuk mengatasi lawan masing-masing merebut dua tempat ke suku akhir tetapi itu hanya di atas kertas,hakikatnya PKNS dan PDRM memberi saingan kepada kedua-dua pasukan itu.

Apa yang boleh saya katakan disini secara keseluruhan dalam saingan Piala Malaysia memang ia nampak menarik dengan kedudukan mata yang rapat dalam semua kumpulan tetapi persembahan yang tidak konsisten setiap pasukan itu sebenarnya yang berlaku.

Ini satu cabaran kepada jurulatih setiap pasukan bagaimana untuk memastikan pemain-pemainnya mampu memberi persembahan yang konsisten pada setiap perlawanan. Dalam keadaan begini sebenarnya juga menguji kemampuan seseorang jurulatih itu mengunakan kemahiran masing-masing untuk memberi nasihat dan motivasi kepada pemain-pemain.

Dalam keadaan beginilah sentuhan modal insan perlu disuntik kepada pemain-pemain supaya mereka tidak terlalu khayal dengan persembahan mereka sendiri. Dimana seorang pakar motivasi dan psikologi perlu berada bersama-sama pemain untuk memberi bimbingan kepada mereka bagaimana untuk mengekalkan persembahan yang konsisten selain daripada jurulatih mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapai oleh anak-anak buahnya.

Ini kerana setiap manusia itu memerlukan perhatian tidak mustahil dengan kaedah ini saya pastikan setiap pemain itu rasa dihargai dan mampu memberi persembahan yang konsisten. Dalam menuju ke era liga professional seorang pakar motovasi dan psikologi perlu ada dalam pasukan untuk terus memberi suntikan kepada pemian-pemain.

Kepada persatuan dan kelab janganlah merasa takut dan rugi untuk mengeluarkan kewangan sedikit bagi tujuan yang baik untuk pasukan terutama dalam membnetuk pasukan yang mantap dan dapat memberi persembahan yang konsisten.