Ketiadaan Leandro Velazquez, perancang utama Johor Darul Taz’im, yang mengalami kecederaan di saat-saat akhir, tidak mematahkan semangat rakan sepasukannya untuk terus memberi aksi yang konsisten sepanjang perlawanan menentang UITM FC. Walaupun dikejutankan dengan jaringan awal UITM pada separuh masa pertama, ia tidak membuatkan pemain-pemain Johor DT panik sebaliknya mereka terus melancarkan serangan mengikut kekuatan yang Harimau Selatan miliki.

Tidak menunggu lama, JDT terus melancarkan serangan melalui kreativiti pemain-pemain midfield mereka yang diketuai Natxo Insa selain dibantu Syamer Kutty dan Nazmi Faiz Mansor. Ketiga-tiga pemain ini bijak memainkan peranan untuk menghidupkan peluang JDT mencari gol penyamaan dengan mempelbagaikan corak serangan untuk menyalurkan bola kepada pemain-pemain penyerang dan akhirnya JDT berjaya menyamakan kedudukan setelah Gonzalo Cabrera mendapat umpanan tepat daripada Arif Aiman yang bijak menggunakan skil individunya.

Daripada jaringan itu JDT terus bangkit untuk mencari jaringan kemenangan sebagaimana yang semua ketahui pemain-pemain JDT ini mempunyai sikap yang inginkan kemenangan (winning mentality) kerana mereka telah di didik untuk terus berusaha sehingga akhir permainan. Walaupun beberapa pertukaran dilakukan Benjamin Mora namun ia tidak menggangu corak permainan JDT. Kemasukan Safawi Rasid, Hazwan Bakri dan Akhyar Rahsid telah menambah keberkesanan jentera serangan JDT.

Gandingan ketiga-tiga pemain itu telah berjaya membantu Bergson da Silva untuk terus memberi tekanan pada benting pertahanan UITM dan akhirnya JDT memperolehi jaringan ke 2 melalui Safawi Rasid dan ke 3 daripada Bergson. Jaringan-jaringan itu telah membawa kemenangan yang di cari JDT tetapi yang lebih penting permainan yang konsisten dari JDT walaupun pemain-pemain JDT menjalani kuarantin setelah pulang dari menyertai Liga Juara-juara Asia (AFC) di Bangkok, Tahiland. Kemenangan itu juga terus meletakkan JDT di tangga teratas Liga Super meninggalkan pasukan-pasukan lain.