'Tak reti main bola takpa asalkan ada pangkat anda boleh bertanding dalam pemilihan jawatankuasa'.

Ya benar, penting orang yang berpangkat dalam organisasi kerana memudahkan usaha mencari penaja, tapi hakikatnya ibarat 'orang gaji berjuta juta tapi tetap ada masalah kewangan sebab tak pandai manage duit sebaiknya'.

Bukan nak kata apa , apa yang penting sebenarnya adalah pengalaman. Sudah pasti pemain seperti Santokh Singh yang mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak, beliau sendiri pernah bermain dalam liga Malaysia dahulu, sudah pasti dia tau apa seseorang pemain tu perlukan seperti fasiliti mantap, gaji tepat pada masanya, dan sebagainya.

Mahupun dari segi pemilihan coach atau pemain , sudah pasti Santokh dan bekas-bekas pemain tau apa ciri2 coach yg Malaysia perlukan. Dari segi cari sponsor pun sudah pasti mereka(bekas pemain) tahu bagaimana nak cari walaupun tanpa pangkat yg tinggi.

Sebab apa?

Sebab pengalaman!

Sebab ex player bola sepak di Malaysia sudah lama bermain di sini, lepas bersara mereka jadi pemerhati bola sepak Malaysia.

Kesimpulannya, bekas pemain dan atlet untuk apa apa jenis sukan patut diberi kepercayaan untuk mengisi setiap ruang jawatan dalam organisasi sesebuah persatuan sukan.

Sebab apa?

Sebab PERSATUAN SUKAN UNTUK AHLI SUKAN!