Dengan yuran perpindahan sebanyak 36 Juta Pound, nama Anthony Martial sangat asing bukan sahaja kepada peminat bola sepak seluruh dunia, malah penyerang Manchester United sendiri, Wayne Rooney tidak mengenali siapakah lelaki yang digelar sebagai “The Next Thierry Henry” ini.

Martial melakukan persembahan sulungnya bersama Manchester United sebagai pemain pertukaran, menggantikan Juan Mata sewaktu menentang Liverpool dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol sulungnya, apabila dia mengatasi dua pemain pertahanan Liverpool sebelum menjaringkan gol ketiga Red Devils pada hari tersebut.

Persembahan tidak konsisten Wayne Rooney pada awal musim sebagai penyerang untuk The Red Devils menjadi kritikan ramai, ditambah pula dengan pemergian Robin Van Persia (Fenerbahce) Javier Hernandez (Bayer Leverkusen) dan Falcao (Chelsea), kredibiliti untuk Manchester United menjadi juara pada musim ini tampak kabur kerana kurangnya penyerang berkelas dunia di dalam skuad mereka.

Namun, persembahan Martial terus merubah segala persepsi, apabila dia kemudiannya menjaringkan 2 lagi gol pada perlawanan menentang Southampton, 1 gol menentang Ipswich, dan persembahan keseluruhan beliau, termasuk 1 assist kepada Wayne Rooney memberikan beliau sebagai pemain terbaik bagi perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini.

Pengkritik mulai sedar akan kepentingan Martial dalam kesebelasan utama Manchester United. Kehadiran beliau di hapadan, pergerakan beliau on and off the ball, kebolehan untuk berlari kearah pertahanan dan composure beliau sewaktu memegang bola menjadi aset yang berguna untuk barisan hadapan Manchester United.

Pengurus Manchester United Louis Van Gaal sendiri menyatakan rasa kegembiraan beliau terhadap penyerang tersebut, tapi mengingatkan bahawa Martial masih muda dan masih banyak yang boleh dipelajari. Pemain lain juga terus memuji Martial sementara kapten pasukan, Rooney sendiri menggelar Martial sebagai pemain yang menakjubkan.

Mungkin masih awal untuk menilai sejauh mana Martial akan membantu United musim ini, namun dengan persembahan awal musim, The Red Devils kini berada di takhta liga, Martial mungkin akan menjadi antara pemain penting untuk Louis Van Gaal selain daripada penjaga gol David De Gea.

36 Juta Pound untuk pemain berumur 19 tahun mungkin terlalu mahal, tetapi jika Martial dapat membantu United menjuarai liga musim ini, nilai itu cukup membawa tuah buat The Red Devils.