Selepas mengharungi pelbagai rintangan pada pusingan awal Liga Perdana Inggeris disebabkan masalah kecederaan pemain-pemain utamanya, namun ia tidak menghalang untuk Manchester City terus bangkit memberi persembahan terbaik mereka sepanjang musim 2020-2021.

Akhirnya dengan semangat juang dan disiplin yang tinggi serta semangat berpasukan dan kekeluargaan yang begitu baik di dalam skuad Manchester City itu telah membawa kejayaan kepada anak-anak didik Pep Guardiola. Dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini sudah tentu ia merupakan hadiah yang begitu bermakna bagi skuad Pep Gurdioala itu.

Ini diakui sendiri oleh Pep Guardiola dimana inilah musim yang begitu sukar baginya untuk mendapatkan kesebelasan terbaik dalam mencorakkan strategi pada setiap perlawanan kerana disebabkan masalah kecederaan pemainnya tetapi itu bukan penghalang bagi dirinya. Lihat sahaja peningkatan demi peningkatan dari segi prestasi Man City pada setiap perlawanan pusingan kedua. Mencipta 25 kemenangan dari 35 perlawanan sudah cukup untuk Man City menjuarai musim ini setelah meninggalkan Manchester United dan pasukan-pasukan lain. Ini merupakan kali ke 7, Man City menjulang Liga Perdana Inggeris dan merupakan kali ke 3 di bawah pengurusan Pep Guardiola.

Apa yang menariknya bagaimana Pep Guardiola dapat membina sebuah pasukan yang mantap walaupun menghadapi beberapa masalah. Lihat sahaja bagaimana Pep Guardiola membina kerjaya Phil Foden, walaupun masih muda tetapi telah menunjukkan satu prestasi yang luar biasa bersama Man City. Bukan itu sahaja Pep Guardiola sebenarnya telah membina sebuah pasukan yang punya kekuatan tersendiri terutama dalam membina falsafah bola sepak Man City di dalam saingan Liga Perdana Inggeris semenjak 2016. Selain itu Pep Guardiola juga bijak dalam menjaga keharmonian dalam pasukan dan bijak dalam memberi kata-kata semangat kepada anak-anak didiknya.

Dengan nilai kekeluargaan itulah yang mendorong anak didiknya untuk terus bermain sebagai sebuah pasukan dengan semangat berpasukan yang tinggi. Kejayaan menjuarai musim ini juga meletakkan Pep Guardiola setaraf Sir Alex Furgesom, Arsene Wenger dan Jose Mourinho sebagai pengurus elite yang telah berjaya menjulang Liga Perdana Inggeris sebanyak 3 kali. Tidak ada yang boleh menafikan kredibaliti Pep Guardiola memimpin sesebuah pasukan itu dan paling di tunggu-tunggu oleh peminat-peminat Man City ialah untuk melihat Pep Guardiola melakar lagi satu sejarah bersama Man City sekiranya Man City berjaya membawa kejuaraan Piala Juara-juara Eropah buat kali pertama sekiranya berjaya menumpaskan Chelsea pada perlawanan akhir hujung bulan Jun 2021 nanti. Sebab itu Pep Guardiola dan Man City tidak boleh di pisahkan ketika ini.