Kemenangan 8 - 2 keatas New Zealand dalam perlawanan ujian pertama sebentar tadi di Stadium Hoki Tun Razak semenangnya menceriakan Stephen Van Huizen serta peminat peminat hoki tanahair.

Walaupun ini adalah sekadar perlawanan ujian menjelang Piala Sultan Azlan Shah, secara keseluruhannya Pasukan Hoki Malaysia telah menunjukkan mereka seperti sudah bersedia meberikan cabaran kepada pasukan pasukan lain seperti India, Great Britain, Australia dan Jepun.

Boleh saya katakan semua bahagian menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diharapkan. Tetapi aspek yang paling menonjol adalah penyudahan di bahagian serangan dan situasi pukulan sudut penalti.

5 gol padang dan 3 gol menerusi Pukulan Sudut Penalti. Satu statistik yang begitu yakin. Hatrick dari pemain muda berpotensi besar Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi sememang menakjubkan. Buat seorang pemain muda yang agak kurang pengalaman jika dibandingkan dengan Tengku Ahmad Tajuddin, Firhan Ashaari serta Faizal Saari menjanjikan seorang lagi permata baru dalam pasukan Hoki Negara.

3 pemain berbeza juga telah berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti. Razie Rahim, Faizal Saari dan Najmi Farizal Jazlan. 3 sudut penalti 3 gol. 100% statistik pukulan sudut penalti. Wow jarang ini berlaku buat pasukan Hoki Negara.

Perlawanan Ujian pertama menentang New Zealand wajar saya ungkapkan penyudahan pasukan Hoki Negara tajam bagaikan Pisau.

Prestasi sebeginilah yang kita harapkan di perlawanan ujian kedua pada hari Isnin jam 6pm di Stadium Hoki Tun Razak.

Saya pasti New Zealand yang berbeza kali ini. Pemain Pemain yang tidak berada dalam senarai hari ini seperti Izad Hakimi, Shahril Saabah, Hafizuddin Othman, Joel Van Huizen dan beberapa pemain pasti akan diturunkan kerana selain perlawanan ujian, pentas ini juga akan digunakan Stephen Van Huizen memilih 18 pemain terbaik menjelang Piala Sultan Azlan Shah dari 29 - 6 Mei 2017 di Ipoh Perak.