Pertemuan menentang juara Piala Malaysia musim lalu Kuala Lumpur City sekali lagi akan menguji sejauh mana kemampuan ketajaman penyudah skuad kendalian K. Devan itu untuk merobek gawang skuad warga kota itu.

Dalam beberapa perlawanan Liga Super sebelum ini penyudah skuad Hobin Jang Hobin itu tidak mempunyai masalah untuk mencipta jaringan setelah mendapatkan khidmat Gustavo Almeida serta di bantu rakan-rakan lain. Itu boleh di lihat dari 10 jaringan yang di kumpul dari empat perlawanan yang di lalui Negeri Sembilan sebelum ini.

Ketajaman penjudah skuad Hobin Jang Hobin ini akan menjadi penentu hala tuju kedudukan carta liga pada musim ini memandangkan juala Liga Perdana musim lalu itu berada pada kedudukan ketiga Liga Super setakat ini. Sekiranya anak didik K. Devan itu dapat menggekalkan konsentrasi dan momentum kemenangan esok pasti ia mampu mencabar kedudukan Sabah di tangga kedua Liga Super setakat ini. Sudah pasti ini peluang terbaik untuk pemain-pemain Hobin Jang Hobin membalas kembali kepercayaan penyokong-penyokong mereka.

Tetapi ia bukan tugas yang mudah untuk penyerang-penyerang Negeri Sembilan ketika bertemua Kuala Lumpur City kerana skuad kendalian Bojan Hodak itu juga berada pada emosi dan momentum yang baik setelah membawa The City Boys itu ke perlawanan akhir peringkat zon ASEAN Piala AFC. Sudah tentu Bojan Hodak akan memastikan anak didiknya menjadi penghalang hajat lawannya itu kerana skuad warga kota juga inginkan kemenangan bagi memastikan mereka dapat terus bersaing untuk menempatkan dalam kelompok lima terbaik Liga Super.

Atas faktor itu perlawanan yang akan berlangsung ini akan menarik perhatian daripada pencinta-pencinta bola sepak tanah air kerana mereka ingin melihat sejauh mana skuad Hobin Jang Hobin terutamanya untuk terus memberi saingan pada Sabah. Walaupun semua tahu pasukan kendalian K. Devan ini pada awalnya hanya di anggap pasukan kerdil dalam saingan Liga Super musim ini tetapi pemain-pemainnya telah buktikan jika keinginan dan kerjasama berpasukan yang jitu ia tidak mustahil untuk menjadi pesaing pada pasukan-pasukan hebat dan punyai modal yang besar. Jadi sama-sama kita nantikan apa keputusan perlawanan esok di antara Kuala Lumpur City dan Negeri Sembilan.