Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tan Wee Kiong & Goh V Shem.

Mereka adalah antara Olimpian terulung pernah dilahirkan badminton Malaysia menerusi kempen penuh menakjubkan di Olimpik Rio 2016.

2019 bakal menyaksikan mereka yang kesemuanya pada usia 30 dan ke atas memulakan pengembaraan sulit di alam profesional selepas umum pengunduran daripada skuad kebangsaan.

Untuk waktu yang berpanjangan Peng Soon dan Liu Ying jadi pemegang kepada mutu beregu campuran terunggul dalam sejarah.

Mereka perintis bagaimana Malaysia berupaya untuk berada di kalangan elit dunia beregu campuran, meskipun disiplin ini dipandang sepi satu ketika dahulu.

Sementara Wee Kiong dan V Shem meneruskan legasi emas beregu lelaki seperti Jalani dan Razif Sidek, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong yang menyinar sebelum mereka.

Dalam pada itu Persatuan Badminton Malaysia BAM turut kehilangan khidmat dua pemain daripada Skuad Rio 2016, Perseorangan wanita Tee Jing Yi, dan Beregu Wanita Woon Khe Wei ekoran kecederaan.

Disebalik Datuk Lee Chong Wei yang berehat panjang susulan di belenggu kanser menyaksikan beliau belum tentu kembali ke gelanggang kompetitif.

Penghujung pada satu era adalah satu yang normal, waktu berharap agar era berikutnya mengembalikan badminton Malaysia ke pentas gemilang.