Tetapi penembak berusia 24 tahun ini berjaya memastikan satu kesinambungan paling penting dalam arena menembak kebangsaan iaitu layak ke Sukan Olimpik secara merit sejak 2004.


Dia muncul juara Kejohanan Asia di New Delhi, India dengan 198.7 mata dalam acara 10M Air Pistol.

Di peringkat kelayakan, Johnathan membidik 578 mata, kurang tujuh mata daripada rekod kebangsaan.

Johnathan seorang yang pendiam.

Namun, diam-diam ubi berisi. Dia muncul atlit keenam layak ke Rio selepas penerjun dan pemanah negara.

"Saya sangat terkejut. Saya tidak sangka dapat mencapai impian ke Olimpik. Saya sangat lapar ketika final kerana tidak makan.

"Ia sedikit mengganggu tetapi saya terus fokus dan berjaya raih emas. Ini semua untuk keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan yang banyak membantu," kata Johnathan.

Penembak senior negara, Hasli Izwan Amir Hassan: "Ini sesuatu yang mengejutkan. Saya tidak sangka dia mampu muncul juara Asia selepas hanya raih pingat perak Sukan Sea.

"Perjalanannya masih jauh dan saya harap dia berlatih gigih menjelang Rio.