Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Datuk Ong Kim Swee sebagai Ketua Jurulatih meninggalkan pencabar jawatan, Bojan Hodak dan Robert Alberts.

KPI yang di lihat bukan mudah untuk di capai diberikan kepada Kim Swee Juara Piala AFF 2016, layak ke Piala Asia 2019 dan memperbaiki "ranking" dunia dari 171 ke 140.

Saya melihat tidak mudah tetapi bukan mustahil untuk mencapai KPI yang diberikan tetapi harus berikan beliau masa dan beliau haruslah menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding sebelum sebelum ini yang mana nampak tidak berjaya.

Masalah utama adalah pemain-pemain lebih banyak bersama kelab masing masing mengharungi Liga Malaysia berbanding latihan sebagai satu pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan Antarabangsa.

Penting untuk bekerjasama dengan jurulatih-jurulatih pasukan kelab dalam memantau perkembangan dan prestasi pemain. Kerjasama jurulatih kelab dalam membantu Kim Swee dalam memastikan tahap kecergasan pemain tinggi dan berada di tahap antarabangsa. Jika ini dapat dilakukan antara salah satu kelemahan sudah selesai.

Sentiasa berkomunikasi dengan pemain-pemain negara terutamanya semasa mereka mengharungi perlawanan liga. Usaha mereka haruslah melebihi pemain pemain lain di dalam pasukan. Mereka harus sedar mereka bukan sahaja mewakili Kelab tetapi negara yang menuntut lebih lagi apabila turun menentang pasukan-pasukan antarabangsa.

Menggunakan teknologi dalam menyampaikan klip-klip video spesifik terutamanya tentang konsep dan struktur permainan. Setiap pemain di posisi spesifik memerlukan klip-klip video berlainan dan spesifik. Ini dapat membantu dalam pefahaman konsep dan struktur yang jurulatih inginkan apabila lapur di Kem Latihan. Mereka akan lebih bersedia secara mental.

Tekankan kecergasan pemain-pemain. Hanya pemain-pemain yang melepasi tahap kecergasan yang ditetapkan meneruskan latihan dan mewakili negara.

Selain diatas, faktor-faktor lain juga penting.

Antaranya jadual perlawanan Liga. Kita harus mengaku bahawa Malaysia bukanlah seperti negara-negara maju dalam Bolasepak. Walaupun kita mempunyai sebuah Liga Profesional seperti Negara Negara maju.

Seperti contoh mereka hanya perlu 2 atau 3 hari sahaja untuk berkumpul bagi menghadapi perlawanan persahabatan atau pun kelayakkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai kualiti dan kuantiti dalam pemain-pemain di Liga mereka.

Kita perlu masa bersama yang lebih lama untuk Kim Swee melatih, lebih-lebih lagi di awal pelantikan beliau.

Akhir sekali komitmen dan kemahuan pemain-pemain untuk melonjakkan kedudukan bolasepak Malaysia adalah yang paling utama. Jika mereka tidak mempunyai kualiti ini, tidak ada jurulatih yang akan mampu merubah nasib boalsepak Malaysia.

Apa pun kita harus berpandangan positif. Perlantikkan telah pun di buat oleh FAM. Peluang dan sokongan harus diberikan kepada Datuk Ong Kim Swee bagi menentukkan hala tuju Harimau Malaya.

Tahniah Datuk Ong Kim Swee dan Selamat Maju Jaya kepada pasukan yang kita sayangi, Harimau Malaya.