Jelena Ostapenko berlatih tarian samba empat kali seminggu.

Jelena juga juara Kejohanan Tenis Terbuka Perancis 2017.

Pemain yang baru sahaja menyambut harijadi ke-20nya pada 8 Jun melakar sejarah muncul pemain tenis Latvia pertama merangkul kejuaraan Grand Slam.

Beraksi dalam Roland Garros sebagai pemain bukan pilihan, Jelena menyatakan latihan tarian yang memerlukan pergerakan pantas and efisien memainkan peranan utama baginya untuk mengambil pukulan pihak lawan dan melakukan pukulan balas tepat.

Jelena yang lebih suka dipanggil Alona menewaskan pemain nombor empat dunia, Simona Halep, yang juga terlepas peluang untuk menggantikan Angelique Kerber sebagai pemain nombor satu dunia setelah tewas kepada Jelena, 6-4, 4-6,3-6.

Ayah dan ibu Jelena merupakan bekas atlet menjinak-jinakkan Jelena kepada tarian ballroom semasa berumur lima tahun. Jelas kelihatan koordinasi dan kekuatan pukulan juara termuda Terbuka Perancis sejak 1997 ini hasil daripada pendedahan kepada kombinasi latihan tarian dan tenis.

Jelena yang pernah bertanding dalam kejohanan tarian kebangsaan Latvia dan juga juara remaja Terbuka Wimbledon 2014 berjaya mencuri hati berjuta peminat seluruh dunia dengan rupa yang cantik serta karakter seorang juara dalam gelanggang.

Terbuka Perancis merupakan kejuaraan kejohanan profesional senior pertamanya, selain ranking 47 akan melonjak ke 12 di dunia, Jelena Ostapenko si gadis samba dijangka akan menakluki tangga teratas tenis wanita dunia pada masa terdekat.