Apabila kerajaan Malaysia membuka pintu sempadannya bermula awal bulan ini pihak pengurusan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk melaksanakan program yang telah di rancang sebelum ini.

Walaupun dua tahun tidak dapat melaksanakan apa yang di rancang akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Namun ia tidak melemahkan semangat seketeriat NFDP untuk memastikan anak-anak Akademi Mokhtar Dahari (AMD) terus mendapat ilmu dan pengalaman demi kemajuan mereka dalam bola sepak.

Dengan menghantar pelatih-pelatih bawah 13 tahun dan 16 tahun seramai 48 orang itu ke Amsterdam, Belanda telah membuktikan komitmen pengurusan NFDP untuk memastikan pelatih-pelatih yang bernaung di bawah AMD itu mendapat ilmu dan pengalaman secukup-cukupnya sebelum mereka menamatkan pengajian mereka di AMD. Ia amat penting kerana objektif utama kewujudan AMD untuk melahirkan pemain bola sepak berkualiti tinggi. Dengan pendedahan awal ini pastikan akan memberi pengalaman yang sungguh bermakna untuk pelatih-pelatih AMD itu.

Bermain bersama akademi dari kelab-kelab yang bersaing dalam Liga 1 Eredivisie Belanda seperti akademi NEC Nijmegan, Twente FC, HC Heerenveen dan Utrecht FC merupakan satu kelebihan kepada pelatih-pelatih AMD untuk menguji sejauh mana kemampuan diri mereka terutama dari aspek teknikal dan membuat keputusan pantas setelah berlatih di AMD. Di peringkat pembangunan inilah pelatih-pelatih perlu banyak diberikan pendedahan dengan negara-negara maju dalam bola sepak baik di Eropah atau pun di Asia supaya mereka lebih yakin dan berani untuk menonjolkan keyakinan diri serta skil mereka.

Program berlatih dan menyertai pertandingan di eropah dan asia ini sudah lama dilakukan pengurusan NFDP dan inisiatif ini tidak boleh berhenti disini sahaja sahaja sebaliknya perlu diteruskan kerana bola sepak ini perlu dipromosikan terus untuk mengajak pencinta-pencinta sama-sama membantu Malaysia melahirkan pemain berkualiti tinggi sehingga berjaya mengangkat martabat bola sepak Malaysia di peringkat asia dan dunia suatu hari nanti. Hanya dengan kerjasama dan satu mentaliti sahaja akan mampu merubah bola sepak negara kita.