Dia antara penyampai perintis program bola sepak Astro SuperSport, 14 tahun sebelum Astro Arena diwujudkan.
Ramai juga maklum tugasnya di televisyen bukanlah kerja hakiki dan sepenuh masa anak kelahiran Muar, Johor ini.
Zainal, 48, adalah guru Bahasa Inggeris dan jurulatih olahraga bertauliah yang memulakan kerjayanya di SM Tun Perak, Muar, sebelum menjadi guru perintis apabila Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ditubuhkan pada tahun yang sama Astro dilancarkan untuk langganan pada 1996.
Kepakarannya adalah acara lompatan melintang, iaitu lompat jauh dan lompat kijang, sejak kali pertama lulus kursus kejurulatihan peringkat pertama Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (kini KOM) dengan rakan sekursus, termasuk Nordin Jadi, Sajaratultudur Hamzah dan Kamarulzaman Tahir pada 1993.
“Saya lebih cenderung kepada hoki dan ragbi di bangku sekolah. Minat saya terhadap olahraga hanya timbul pada bulan-bulan terakhir di sekolah menengah,” kata Zainal, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kluang.
Zainal antara jurulatih muda pada era milenium baharu yang diberi ruang yang luas untuk mengembangkan bakat selain Manshahar Abdul Jalil, Ithnin Mahadi dan S. Entheran.
Kesemuanya diserapkan ke dalam program pembangunan dan pelapis Majlis Sukan Negara (MSN).
Antara atlet yang menerima tunjuk ajar Zainal termasuk Ngew Sin Mei, Siti Zubaidah Adabi, Muhammad Hakimi Ismail, Noor Amira Mohd Nafiah dan Noor Shahidatun Nadia Md Zuki.
Sin Mei juara berganda Sukan SEA di Manila 2005 manakala Hakimi dan Noor Amira simbol lompatan melintang hari ini dengan reputasi selaku pemegang rekod kebangsaan.
Nadia pula masih bergelut mengembalikan prestasi yang membolehkannya memenangi pingat emas lompat jauh dan lompat kijang di Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Asean selama lima tahun berturut-turut.
Sekalipun ada rekod cemerlang dalam melahirkan atlet ke pentas antarabangsa, Zainal tidak menonjolkan diri sebaliknya dia lebih gemar kekal di bawah radar sebagai tenaga pengajar kumpulan atlet pelapis.
Kini Zainal tidak dapat mengelak daripada menjadi tumpuan. Pelantikannya selaku ketua jurulatih dipersetujui MSN dalam mengurus selia 11 jurulatih dan 48 atlet ke arah mempersiapkan diri ke Sukan SEA 2017.
Namanya berada pada tangga teratas dalam senarai tiga individu yang dicalonkan oleh KOM, tanda pengiktirafan ke atas sumbangannya sepanjang dua dekad yang lampau.
Jarang-jarang KOM memberi ruang kepada individu yang berada di luar kelompok pemegang jawatan badan induk.
Tugas ketua jurulatih yang menyelaras dan memantau perancangan setiap atlet bersama jurulatih masing-masing lazimnya dipikul pengerusi jawatankuasa kejurulatihan KOM, misalnya Datuk Nashatar Singh dan J.V. Jayan atau bekas atlet seperti Hanapiah Nasir dan jurulatih asing seperti Edwin Ozolin.
Pelantikan Zainal harus disambut baik sekalipun dianggap melanggar tradisi.
Sebagai guru, Zainal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) (major Bahasa Inggeris, minor dalam Radio, Filem dan Televisyen) dari Universiti Canterbury di Kent, England, menerima pelbagai anugerah, termasuk Guru Cemerlang Sukan dan Anugerah Ikon Guru 2014.
Dari segi kelayakan dalam olahraga, Zainal bukan sekadar layak menjadi instruktur atau pensyarah IAAF, bahkan sudah ada rekod melahirkan atlet, selain diberi kesempatan menjadi ketua jurulatih ke Kejohanan Remaja Dunia IAAF di Donetsk 2013 dan Sukan Olimpik Remaja di Nanjing 2014 dan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia IAAF di Oregon 2014.
Namun dalam analisis terakhir, menjadi penyampai di kaca televisyen jauh lebih mudah daripada membentuk generasi atlet yang berupaya mengukir nama di pentas antarabangsa serta mengurus modal insan untuk sebuah badan induk yang kerap diulit kontroversi!
Selamat maju jaya, Zainal!
Rizal Hashim
Wed Oct 14 2015


McCullum uninterested by England rotation as he suggests Anderson and Broad can play together
England host New Zealand in a three-Test series, starting in June, with James Anderson and Stuart Broad likely to return.

Goretzka: Germany not setting World Cup targets ahead of Nations League tests
Leon Goretzka has featured in two disappointing tournaments for Germany, and says Hansi Flick's team have yet to set any World Cup targets.

Champions League final: Camavinga and Rodrygo, the wildcard exceptions to Ancelotti's rotation reticence
They may not start the Champions League final, but Eduardo Camavinga and Rodrygo have shown they do not need long to impact a game.

Mane reveals Man Utd transfer was 'all agreed' before 2016 Liverpool move
Ahead of Saturday's Champions League final, Liverpool's Sadio Mane spoke of how he rejected Manchester United to join the Reds in 2016.

McCullum aware England appointment a 'big risk' but hopes to transform red-ball cricket
England may have gambled on a seemingly inexperienced Brendon McCullum, but he is confident he can transform the nation's Test fortunes.

Champions League final: Will Paris showpiece also be shootout for Ballon d'Or?
The ultimate silverware in European club football is on the line in Paris, but could the game also decide where the Ballon d'Or is headed?

Kane pinpoints Tom Brady inspiration after early struggles at Tottenham
Tom Brady and Harry Kane forged an unlikely friendship, and the Tottenham forward has revealed how much he idolises the NFL star.

Kane targets breaking Rooney's England record in Qatar
World Cup glory is not the only thing on the mind of Harry Kane, who will aim to break Wayne Rooney's England scoring record in Qatar.

Benzema has taken on Ronaldo's role 'to perfection' – Kroos
Karim Benzema has had the best season of his career, with Toni Kroos convinced he has replaced Cristiano Ronaldo perfectly.

Diaz rejects favourites tag as Liverpool star prepares for 'dream' Madrid meeting
As Luis Diaz looks to fulfil his "dream" of winning the Champions League, he insisted Liverpool are not favourites to beat Real Madrid.